Isnin, 10 Ogos 2020

Coin VS Token



Anda mesti mendengar istilah ‘coin’ dan ‘token’ digunakan dalam dunia cryptocurrency. Anda mungkin bertanya mengapa terdapat dua istilah dan apakah perbezaan di antara kedua-duanya?

Berikut ialah sebahagian jawapannya: 

Sebenarnya coin dan token ialah dua konsep yang berbeza. 

Bagaimanapun istilah ‘coin’ dan ‘token’ sering digunakan sebagai sinonim dan malah ramai orang menganggap mereka boleh ditukar ganti – sepertimana kita gunakan istilah ‘wang’ dan ‘duit’. 

Situasi ini mungkin timbul kerana cryptocurrency bukan sahaja merupakan subjek yang baru tetapi ianya juga berubah dengan pantas dan pesat. 

Jadi timbullah istilah-istilah baru yang membawa kepada salah faham dan seterusnya salah guna istilah-istilah tersebut.

Contoh yang ketara adalah bagaimana semua coin dan token dianggap sebagai cryptocurrency, walaupun kebanyakan daripada mereka tidak digunakan sebagai mata wang dan malah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi mata wang pun! 

Menurut definisi, mata wang ialah medium pertukaran, unit akaun dan nilai simpanan. Bitcoin mempunyai semua ciri-ciri ini, jadi istilah ‘cryptocurrency’ adalah wajar dalam kes ini. (Ingat yang Bitcoin adalah cryptocurrency yang pertama.) 

Malangnya kejayaan Bitcoin ini bermakna semua produk-produk yang muncul selepasnya (kira anak, cucu dan cicit Bitcoinlah!) dilabelkan sebagai cryptocurrency juga, walaupun kebanyakan mereka tidak memenuhi ciri-ciri mata wang. Jadi coin dipanggil cryptocurrency, dan malah token turut dipanggil sebagai cryptocurrency juga. Kekeliruan ini berterusan hingga ke hari ini kerana (a) ramai orang masih keliru dengan cryptocurrency (b) mereka malas nak belajar tentangnya! Jadi inilah sebabnya mengapa ramai orang membeli token walaupun tujuan asal adalah untuk membeli coin!

boleh baca di link ini

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

Ahad, 9 Ogos 2020

BOLEHKAH ALTCOIN DIGODAM?

Salah satu isu penting dalam dunia internet ialah tahap sekuriti. Dan oleh sebab Altcoin wujud di internet, isu sekuriti adalah amat penting dan malah kritikal.

Jawapan kepada soalan “Bolehkah Altcoin digodam?” ialah, “Tidak boleh!”

“Mengapa tidak boleh?” Inilah soalan yang sering ditanya oleh pengkritik-pengkritik Altcoin. Mereka tidak percaya atau tidak mahu percaya yang Altcoin tidak boleh digodam!


Jawapan pertamanya adalah kerana Altcoin wujud dalam rangkaian (network) yang decentralized dan tidak mempunyai pusat untuk hacker menyerang protokolnya. 

Walaupun pengguna individu boleh digodam, tetapi serangan itu tidak akan menjejaskan rangkaian Altcoin itu sendiri. 

Malah jika semua pengguna Altcoin di Malaysia digodam pada masa yang sama, rangkaian Altcoin akan terus beroperasi seperti sedia kala!

Jawapan keduanya adalah kerana rangkaian Altcoin menggunakan tahap kriptografi yang tinggi untuk memastikan integriti blockchain dan transaksi-transaksi Altcoin. 

Walaupun tahap kriptografi itu boleh digodam secara teori, ianya adalah mustahil untuk dilakukannya kerana ia memerlukan gabungan kuasa pemprosesan kesemua super-komputer yang wujud di dunia dan mengambil masa beratus-ratus tahun hanya untuk mempunyai peluang melakukannya. 

Dalam kata lain, situasi ini tidak akan berlaku!

Jumpa di siri seterusnya....

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

klik link ini...

Sabtu, 8 Ogos 2020

MENGAPAKAH JUMLAH ALTCOIN INI BEGITU BANYAK SEKALI?

sambungan Pengenalan Altcoin...

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, selepas melihat kejayaan Bitcoin yang mendapat sambutan yang hebat daripada pelabur di seluruh pelusuk dunia, cryptocurrency lain pun muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Dan kebanyakannya menawarkan beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan Bitcoin. 

Sebagai contoh, Litecoin dilancarkan pada bulan October 2011 oleh Charlie Lee, bekas Pengarah Kejuruteraan di syarikat CoinBase. Litecoin ialah fork daripada Bitcoin yang mempunyai beberapa perbezaan termasuklah masa penjanaan blok 2.5 minit (lawan 10 minit untuk Bitcoin), jumlah maksimum coin 61 juta (lawan 21 juta untuk Bitcoin), algoritma hashing yang berbeza (Scrypt dan bukan SHA-256), dan GUI yang diubah suai.

Beberapa coin baru juga dilancarkan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti Ripple (XRP) yang diciptakan untuk menjadi pilihan penyelesaian yang paling pantas dan berkesan untuk institusi kewangan, Monero (XMR) yang menawarkan tahap privasi yang paling tinggi sementara Ethereum (ETH) dan Neo yang dibangunkan untuk memperluaskan penggunaan teknologi blockchain di luar industri kewangan.

Dan dengan peredaran masa, proses untuk melancarkan coin-coin baru ini menjadi lebih senang, cepat dan murah. 

Poin yang terakhirnya adalah kerana tidak ada undang-undang di kebanyakan negara yang mengehadkan pelancaran coin-coin baru ini. 

Malah, jika ada undang-undang yang mengehadkan pelancaran coin-coin baru ini pun tidak ada gunanya kerana ianya tidak boleh dikuat kuasakan pun!

Semua poin-poin ini bak memberikan lampu hijau untuk sesiapa yang berminat untuk melancarkan coin mereka!

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

klik link ini...

Jumaat, 7 Ogos 2020

ALTCOIN: SIRI PENGENALAN

APAKAH ITU ALTCOIN?

Jawapan pendek kepada soalan ini amat mudah: Altcoin ialah semua cryptocurrency yang bukan Bitcoin! 

Atau dalam kata lain, mereka merupakan alternatif kepada Bitcoin.

Baik. Sekarang saya berikan jawapan panjangnya pula:

‘Altcoin’ adalah gabungan dua istilah: ‘alt’ dan ‘coin’.

‘Alt’ menandakan ‘alternatif’ dan ‘coin’ menandakan (pada dasarnya) ‘cryptocurrency’. 

Selepas kejayaan Bitcoin, mata wang digital peer-to-peer lain pun muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Dan untuk membezakan mereka daripada Bitcoin, istilah Altcoin pun dicipta dan digunakan untuk menerangkan semua cryptocurrency yang baru ini. Istilah ini masuk akal pada waktu permulaannya kerana jumlah Altcoin itu sedikit. Malangnya, tidak lama kemudian, jumlah Altcoin meningkat dengan ketara. Malah, mereka muncul bagaikan pekerja asing di Malaysia – banyak, cepat, pelbagai jenis dan rupa dan hampir tidak terkawal! 

Dan kerana  istilah ‘Altcoin’ bermakna semua cryptocurrency yang bukan Bitcoin, ini bermakna yang terdapat lebih 5,500 Altcoin semasa anda membaca post ini! Ini termasuklah yang terkenal dan popular seperti Ethereum, Ripple, Binance Coin, Tether dan Litecoin kepada yang kabur seperti Mixin, Tap dan Centrality kepada yang scam seperti OneCoin, Visa Coin dan Speed Coin.


Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.




DISCLAIMER

This eZine is for educational purposes only. The author and publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, of the  use and application of any of the contents of this e-zine.
 

Khamis, 6 Ogos 2020

BITCOIN DIKAWAL SELIA OLEH ALGORITHM


The price of Bitcoin and selected Altcoins has climbed significantly recently. So I thought you may be interested in reading more about it. Enjoy!


Salah satu isu yang sering dibangkitkan oleh pengkritik2 Bitcoin ialah ianya tidak dikawal selia oleh kerajaan. Dan oleh kerana Bitcoin tidak dikawal selia oleh kerajaan, maka imbasannya ialah (a) apa saja boleh berlaku dalam dunia Bitcoin, dan (b) peluang untuk kacau bilau berlaku adalah amat tinggi.

Saya faham mengapa mereka berpendapat begitu. Ini adalah kerana banyak perkara dan situasi dalam kehidupan kita di dunia ini memerlukan kawalan untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Ini termasuklah undang2 jalanraya yang dikawal selia oleh penguatkuasa JPJ dan polis, dan gated and guarded communities yang mempunyai kawalan guard.

Bagaimanapun, pendapat yang Bitcoin tidak dikawal selia adalah kurang tepat. Ini adalah kerana BITCOIN DIKAWAL SELIA OLEH ALGORITHM KOMPUTER. Semua Bitcoin yang diterbitkan telah diperiksa oleh algorithm jadi Bitcoin yang ‘cacat’ atau tidak sempurna tidak wujud. Semua transaksi Bitcoin juga diperiksa dan diluluskan oleh algorithm, jadi situasi dimana transaksi yang tak betul atau tak sempurna diluluskan juga tak boleh berlaku. Dan sepertimana saya sudah terangkan banyak kali sebelum ini, network Bitcoin tak boleh digodam. Jadi Bitcoin adalah satu contoh of a self-checking and self-regulating system. Ianya tak perlu input daripada manusia dan tak perlu dikawal selia oleh manusia kerana semuanya dilakukan oleh sistem komputer secara otomatik. (By the way, saya tak membohong atau merekacipta semua ayat2 ini. Mereka adalah fakta! Jika anda tak percaya semua ini, ianya sebab anda tak study tentang Bitcoin lagi.)

Untuk menolong anda memahami konsep self-checking and self-regulating system ini, saya ingin berkongsi cerita sistem autoland. FYI, kebanyakkan pesawat2 komersial yang beroperasi hari ini seperti Airbus A330, A380, Boeing B777 dan Boeing B787 boleh melakukan pendaratan secara otomatik. Yes, the planes can land themselves! Setelah selectionnya dipilih oleh juruterbang, sistem komputer pesawat akan memeriksa yang semuanya – sistem di dalam pesawat dan juga di landasan – adalah sempurna untuk membolehkan autoland itu dilakukan. Jika ada apa2 yang tak sempurna, maka komputer pesawat akan reject selection tersebut, dan autoland itu tak boleh dilakukan (maka juruterbang perlulah membuat landing secara manual). And throughout the whole landing process, komputer pesawat akan terus menerus memeriksa yang semuanya kekal sempurna. Jika ada yang tak betul, warning akan keluar, dan juruterbang akan take over. In short, setelah selectionnya dipilih, sistem autoland itu tidak memerlukan manual input daripada juruterbang, ATC controller atau sesiapa pun.

To summarize the process, semuanya perlu sempurna, barulah sistem autoland itu beroperasi. Jadi sistem autoland ini adalah satu contoh of a self-checking and self-regulating system. (Please do not try to be a smart ass and point out this and that about the autoland process because I am giving an example of a self-regulating system here. Otherwise, we can talk all day and night just about flying instead of investments.)

Likewise, BITCOIN IS REGULATED BY ALGORITHM DAN TIDAK MEMERLUKAN INPUT ATAU KAWALAN SELIA OLEH SESIAPA TERMASUKLAH POLIS, BNM ATAU KERAJAAN. EVERYTHING HAS BEEN SET, AND WORKS BEAUTIFULLY!

Of course, cerita sepenuhnya amat panjang, jadi ini bermakna yang anda perlulah menambah ilmu tentang Bitcoin untuk memahaminya. Seperti yang saya telah sebut dulu, Bitcoin bukan saja produk yang baru tetapi ianya asset class yang baru juga. Jika anda tak study tentangnya, anda tak akan faham dan oleh kerana itu, tak akan menyertainya dan akan terlepas daripada mendapat manfaatnya. 

Jika hendak tahu lebih lanjut mengenai cryptocurrency ini boleh klik link dibawah..


Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.




DISCLAIMER

This eZine is for educational purposes only. The author and publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, of the  use and application of any of the contents of this e-zine.
 

Rabu, 5 Ogos 2020

Kenapa Tak Boleh Cakap Gemuk Kepada Orang Lain?


Kadangkala gurauan yang diungkapkan amat menyakitkan hati individu lain meskipun ia hanya untuk mengusik dan menggembirakan hati. Sudah menjadi lumrah untuk kita bergurau dengan menyentuh isu-isu fizikal manusia sambil bergelak ketawa. 

Adakah kita benar-benar tahu sekiranya individu yang dijadikan subjek gelak tawa tersebut terluka atau tidak? 

Daripada ‘individu obes’ kepada ‘individu yang mengalami obesiti’
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh ahli-ahli psikologi, memanggil atau merujuk individu lain dengan panggilan seperti gemuk, atau obes adalah sesuatu yang boleh melukakan hati. 

Mereka mencadangkan agar penggunaan perkataan obes tersebut digantikan dengan frasa lain iaitu ‘mengalami obesiti’ yang kurang melukakan hati individu berkaitan. 

Persatuan Psikologi British menyeru perubahan panggilan tersebut dengan menyatakan bahawa penyakit obesiti bukanlah satu pilihan yang diinginkan oleh seseorang individu.
 
Tam Fry, jurucakap bagi National Obesity Forum juga menyatakan bahawa nasihat daripada Persatuan Psikologi British tersebut adalah sangat baik. Beliau turut bersetuju dengan saranan persatuan itu agar kerajaan perlu menangani masalah obesiti sepertimana masalah merokok iaitu dengan cara amaran kesihatan pada bungkusan produk, pengharaman iklan dan pengharaman merokok dalam bangunan. 

Faktor lain penyebab obesiti

Persatuan Psikologi British mengakui bahawa obesiti adalah disebabkan oleh tabiat pemakanan seseorang. Walau bagaimanapun, tabiat tersebut tidak semestinya dianggap sebagai satu ‘pilihan’ atau ‘tanggungjawab seseorang’. 

Mereka menyatakan bahawa obesiti boleh terhasil daripada pelbagai faktor yang bersifat kompleks termasuklah faktor genetik seseorang. Selain itu, kesan stress daripada zaman kanak-kanak, gaya hidup tidak aktif dan pemilihan jenis makanan tidak sihat turut menyumbang kepada obesiti. 

Berpandukan laporan yang dikeluarkan oleh persatuan itu, ia menyatakan bahawa individu yang cenderung mempunyai berat badan yang tidak sihat adalah mereka yang mempunyai risiko genetik yang tinggi untuk mengalami obesiti. 

Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh gaya hidup di tempat kerja, sekolah dan persekitaran sosial yang menggalakkan pemakanan secara berlebihan dan tidak aktif. 

Laporan tersebut turut menambah bahawa, mereka yang tinggal di kawasan yang miskin atau kurang bernasib baik mengalami kadar tekanan atau stres yang tinggi. 

Ini disebabkan oleh cabaran hidup, trauma dan kekurangan pilihan makanan sihat yang berpatutan. 

Tiada sesiapa pun yang mahu menjadi gemuk atau obes dan digelar sebagai seorang yang gemuk. Oleh itu, penggunaan kata-kata atau perkataan yang sesuai lebih digalakkan untuk mengelakkan sikap menyalahkan tindakan individu tersebut sebagai puncanya menjadi gemuk. 

Tidak rugi untuk seseorang berkata dengan kata-kata yang lebih baik, malah ia lebih digalakkan dalam semua perkara dan urusan. 

Selepas ini, berguraulah dengan sesuatu yang tidak menyentuh sisi fizikal individu lain jika tidak ingin merasakan side kick daripada rakan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Boleh juga baca di hellodoktor.com

Selasa, 4 Ogos 2020

Cara untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari, Jangan Biarkan Badan Selalu Lesu!

kredit : freepik

Rasa lesu dan letih? Nak tahu Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari. Anda tentu nak tahu tips untuk segarkan badan dan pulihkan tenaga yang semakin berkurangan menjelang petang kan.

Selepas menjalani rutin seharian di tempat kerja, pasti badan rasa penat. Balik rumah rasa nak tidur je, tapi kerja di rumah pula dah menimbun. Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Pastikan Badan Kekal Cergas

1) Minum Air Teh Hijau

Cuba amalkan minum segelas teh hijau setiap hari. Teh hijau kaya dengan antioksida dan dapat membuat tubuh rasa lebih segar. Teh hijau juga berkhasiat untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Cara terbaik untuk minum teh hijau adalah tanpa meletakkan gula. Biarpun mungkin rasanya agak pahit untuk yang baru ingin mencubanya, tetapi percayalah khasiatnya sangat baik untuk kesihatan anda.

kredit : freepik

2) Bersenam

Ramai yang menolak melakukan senaman dengan alasan badan dah letih bekerja seharian di pejabat. Tetapi hakikatnya bersenam boleh menyegarkan badan. Senaman membantu menyalurkan oksigen ke otak.

Anda akan berasa lebih cergas selepas badan mula berpeluh. Tidak perlu melakukan senaman berat, cukuplah sekadar senaman ringat untuk memanaskan badan. Melakukan kerja rumah seperti menyapu atau mengemas rumah pun dah dikira senaman juga. Yang penting badan dapat mengeluarkan peluh.

3) Mandi Air Panas

Dengan keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini, ramai yang pilih untuk mandi dengan air sejuk selepas pulang dari rumah. Apa kata anda cuba mandi dengan air panas suam selepas ini. Mandi dengan air panas bukan sahaja dapat melancarkan perjalanan darah tetapi dapat juga mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan selepas seharian penat bekerja.


4) Minum Air Limau Atau Lemon

Anda juga boleh amalkan minum segelas air limau atau lemon setiap hari. Tetapi untuk anda yang ada sakit gastrik, rasanya tak perlu la amalkan tip yang ini. Risau memudaratkan kesihatan pula. Air limau atau lemon membantu mencergaskan kembali badan yang lesu.

5) Urut

Akhir sekali amalkan urutan seluruh badan sebulan sekali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan. Urutan juga membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Pilih pusat urutan atau spa yang sesuai. Elak berurut secara kerap kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain pula.

Semoga Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari yang dikongsikan ini membantu anda untuk kembali cergas selepas seharian melaksanakan tanggungjawab anda di tempat kerja.

kredit:kataustaz.com


KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)
✿ Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia
✿ Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel
✿ Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
✿ Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
✿ Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia
✿ Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit
✿ Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar
✿ Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...