Selasa, 4 Ogos 2020

Cara untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari, Jangan Biarkan Badan Selalu Lesu!

kredit : freepik

Rasa lesu dan letih? Nak tahu Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari. Anda tentu nak tahu tips untuk segarkan badan dan pulihkan tenaga yang semakin berkurangan menjelang petang kan.

Selepas menjalani rutin seharian di tempat kerja, pasti badan rasa penat. Balik rumah rasa nak tidur je, tapi kerja di rumah pula dah menimbun. Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Pastikan Badan Kekal Cergas

1) Minum Air Teh Hijau

Cuba amalkan minum segelas teh hijau setiap hari. Teh hijau kaya dengan antioksida dan dapat membuat tubuh rasa lebih segar. Teh hijau juga berkhasiat untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Cara terbaik untuk minum teh hijau adalah tanpa meletakkan gula. Biarpun mungkin rasanya agak pahit untuk yang baru ingin mencubanya, tetapi percayalah khasiatnya sangat baik untuk kesihatan anda.

kredit : freepik

2) Bersenam

Ramai yang menolak melakukan senaman dengan alasan badan dah letih bekerja seharian di pejabat. Tetapi hakikatnya bersenam boleh menyegarkan badan. Senaman membantu menyalurkan oksigen ke otak.

Anda akan berasa lebih cergas selepas badan mula berpeluh. Tidak perlu melakukan senaman berat, cukuplah sekadar senaman ringat untuk memanaskan badan. Melakukan kerja rumah seperti menyapu atau mengemas rumah pun dah dikira senaman juga. Yang penting badan dapat mengeluarkan peluh.

3) Mandi Air Panas

Dengan keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini, ramai yang pilih untuk mandi dengan air sejuk selepas pulang dari rumah. Apa kata anda cuba mandi dengan air panas suam selepas ini. Mandi dengan air panas bukan sahaja dapat melancarkan perjalanan darah tetapi dapat juga mengurangkan rasa lenguh-lenguh badan selepas seharian penat bekerja.


4) Minum Air Limau Atau Lemon

Anda juga boleh amalkan minum segelas air limau atau lemon setiap hari. Tetapi untuk anda yang ada sakit gastrik, rasanya tak perlu la amalkan tip yang ini. Risau memudaratkan kesihatan pula. Air limau atau lemon membantu mencergaskan kembali badan yang lesu.

5) Urut

Akhir sekali amalkan urutan seluruh badan sebulan sekali untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan. Urutan juga membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Pilih pusat urutan atau spa yang sesuai. Elak berurut secara kerap kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain pula.

Semoga Cara Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Hari yang dikongsikan ini membantu anda untuk kembali cergas selepas seharian melaksanakan tanggungjawab anda di tempat kerja.

kredit:kataustaz.com


KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)
✿ Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia
✿ Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel
✿ Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
✿ Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
✿ Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia
✿ Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit
✿ Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar
✿ Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...