Isnin, 13 Julai 2020

Wahed Invest

Wahed Technologies Sdn. Bhd. adalah pemegang lesen Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
Wahed diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang menggabungkan teknologi inovatif ke dalam perkhidmatan pengurusan portfolio automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yang dikeluarkan menurut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007. 

Wahed tidak berniat untuk menawarkan atau meminta sesiapa sahaja untuk membeli atau menjual sekuriti jika peraturan setempat tidak membenarkannya atau di suatu tempat di mana perkhidmatan pelaburan tersebut bertentangan dengan undang-undang atau peraturan yang sedia ada. 

Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan wang yang anda melabur, dan prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan. 

Hasil masa lalu mana-mana sistem perdagangan yang diterbitkan oleh Wahed Technologies Sdn. Bhd., melalui laman web atau sebaliknya, tidak menjanjikan pengembalian masa depan oleh sistem itu, dan tidak menunjukkan pengembalian masa depan yang akan direalisasikan oleh anda. Wahed Technologies Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti untuk hasil perdagangan dan pelaburan anda. 

Sila layari www.wahedinvest.com untuk terma dan syarat penuh.

Jika anda berminat untuk mencuba melabur dalam Wahed Invest, jangan lupa masukkan  promo kod saya iaitu mohmoh2425...bukan apa sebab dari semasa ke semasa Wahed Invest ada buat promosi...jika dimasukan referral code...boleh dapat tambahan USD5 atau lebih bergantung kepada promosi masa anda mendaftar.



Ahad, 12 Julai 2020

Tips Penjagaan Kulit Badan Buat Lelaki


kredit : WikiHow

Orang lelaki juga ada rutin untuk menjaga kebersihan diri . Mereka juga inginkan kulit yang sihat dan bersih serta lembut.

Dah banyak saya tengok orang lelaki yang betul-betul jaga kulit dan kesihatan mereka .

Di sini saya ingin kongsikan Tips penjagaan kulit badan buat lelaki

Bila mandi air panas jangan terlalu lama, ini kerana air panas akan membuat kulit jadi kering dan senang mendatangkan kedutan dan rekahan.

Gunakan sabun yang tidak terlalu kuat, seeloknya gunakan sabun yang boleh memberi kelembapan pada kulit. Sabun mandi digunakan setiap hari jadi cari lah yang betul-betul sesuai buat kulit anda.

Jika kulit anda terlalu kasar , cari pelembab dan rajin-rajin lah sapu keseluruh badan agar kulit tidak kering dan menjadi keras. Kalau kulit berminyak cari pelembap yang oil-free , untuk yang normal cari pelembab yang tidak terlalu kuat.

kredit : Gilltee Canada

Selepas mandi , lap tubuh badan dengan cara yang lembut , seeloknya hanya tekap-tekap agar kelembabapan kulit tidak hilang.

Tidak susah kan? Jadi jagalah kulit badan anda selalu agar sentiasa bersih dan sihat.

kredit : wikiHow

KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)
✿ Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia
✿ Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel
✿ Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
✿ Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
✿ Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia
✿ Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit
✿ Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar
✿ Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

Untuk maklumat lanjut...boleh hubungi kami.

Sabtu, 11 Julai 2020

Petua Putihkan Kulit Seluruh Badan Secara Semulajadi.

Bila bercakap berkenaan kulit putih, siapa yang tak suka kan? Kalau boleh semua nak kulit putih mulus dari muka sampai tapak kaki. Rambut jer tak nak putih (uban) Ehek...

Kulit yang putih dan gebu memang menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita. Ramai yang teruja bila diperkenalkan dengan produk memutihkan kulit. Tanpa berfikir panjang, terus beli dan pakai. Tapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul pasti tahap keselamatan produk tersebut? Apakah kandungannya dan bagaimana ia berfungsi.

Di sini saya ada beberapa petua bagaimana cara untuk putihkan kulit dengan berkesan dan selamat. 

Putih yang saya maksudkan di sini adalah kulit lebih cerah dan sihat tau. Bukan putih macam tepung gomak tu. 

Guna skrub tomato
kredit : clipart Max

Bersihkan muka. Ambil sebiji tomato dan belah 2. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Guan Air Basuhan Beras

Siapa tak kenal air basuhan beras? Ala... air basuh beras la bila nak masak nasi tu... Ada orang cakap air basuhan beras ni ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Selalunya lepas basuh beras, kita buang jer airnya kan? Ok, air tu anda boleh simpan untuk anda putihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan tadi dan amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kulit akan beransur cerah.

Guna Lemon dan Susu

kredit : freepik

Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tak ada...boleh cari apa2 bekas yang boleh memutkan anda) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.

Guna Yogurt dan Madu

kredit : freepik
Yogurt mengandungi enzim yang boleh putihkan kulit dengan lembut. Madu pula mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

Masker Beras Pulut
kredit : freepik

Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

kredit : wikiHow

Khamis, 9 Julai 2020

Agar Bau Badan Berbau Harum

BAU badan adalah salah satu asas kebersihan yang patut dijaga oleh setiap individu kerana ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan, malah mengganggu orang lain.

Sumber bau badan sebenarnya bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya.

kredit : freepik

Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan;

1. Jangan sekadar mandi 'kerbau'

Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi 'kerbau'.

Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki.
kredit : freepik


2. Guna deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda.

3. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama.

Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum.
kredit : erika katz


4. Sapukan krim atau pelembap pada kulit

Jika anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, pelembap dan krim dapat membantu tubuh daripada berbau.

Caranya juga mudah, selepas mandi sapu pelembap atau krim beraroma terutamanya pada titik nadi.

5. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

Itulah beberapa tip yang boleh anda lakukan agar badan sentiasa berbau harum.

kredit : mstar.com.my




Rabu, 8 Julai 2020

Hilangkan Jerawat

Hilangkan Jerawat

Semua orang mengimpikan kulit wajah yang cantik, cerah berseri dan tiada masalah. 
Justeru penggunaan produk penjagaan wajah menjadi jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Bagaimanapun, bagi mereka yang bermasalah jerawat, banyak faktor mempengaruhi kulit wajah dan mereka seharusnya tidak memandang ringan masalah yang membelenggu.
Tambahan pula dengan cuaca di negara ini yang panas kering.
Cahaya Ultraungu (UV) boleh merengsa dan merosakkan kulit bagi sesetengah individu. ini selalunya berlaku selepas anda terdedah pada cahaya panas terik matahari pada jangka masa yang lama iaitu lebih daripada sejam.
Jika anda perhatikan jerawat akan mula timbul setelah berjemur di bawah matahari seperti bercuti ke pantai atau mungkin anda sebahagian daripada individu yang sensitif terhadap cahaya UV.
Pakar jerawat dan jeragat Dr. Hasseenah Hassan berkata, rata-rata produk perniagaan kulit untuk jerawat akan menyebabkan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari kerana produk terbabit secara umumnya mengeringkan kulit.
Ini akan menambahkan kesan matahari pada kulit berjerawat yang terdedah pada cahaya matahari malah UV juga boleh menembusi kedalam lapisan kolagen dan memecah lapisan kolagen.
sekaligus mempercepatkan proses penuaan.

Kenyataan kulit berminyak lambat berkedut adalah mitos.

Malah kulit berminyak akan menyebabkan kemasukan cahaya UV yang lebih berkesan kepada kulit.
Dari segi cuasa pula, cuaca panas dan lembab boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Salah satu sebabnya apabila lapisan luar kulit iaitu stratum corneum akan mengembang dalam cuaca lembab.
kredit gambar : Buzzle.com


Kredit :- Harian Metro





Selasa, 7 Julai 2020

KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)



KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)
✿ Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia
✿ Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel
✿ Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
✿ Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
✿ Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia
✿ Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit
✿ Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar
✿ Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

Soalan lazim mengenai Celgynic Gold

Apakah itu lesitin yang terkandung dalam CELGYNIC GOLD?
➮ Nutrien lesitin yang terkandung dalam CELGYNIC adalah diekstrak daripada kuning telur. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan membran sel badan manusia.
➮ Ia dapat memperbaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel terutamanya sel-sel otak, jantung, hati dan kalenjar,
➮ Menjadikan sel seluruh badan lebih sihat.
➮ Ia juga dapat menurun dan menguraikan kolesterol dalam darah,
➮ Melancarkan kapilari darah dan peredaran darah.

Adakah CELGYNIC dapat mengubati diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi?
➮ CELGYNIC GOLD kaya dengan lesitin. Lesitin mempunyai fungsi mengemulsi dan menguraikan lemak, mengurangkan masa lemak berada di dinding dalam saluran darah, menggalakkan kehilangan plak arterosklerosis.
➮ Menurut kajian yang dijalankan, kekurangan lesitin akan menyebabkan :
 ☆ Fungsi pankreas menurun.
 ☆ Kegagalan merembes insulin yang mencukupi
 ☆ Mengakibatkan gula yang berlebihan berada dalam darah dan
 ☆ Seterusnya menyebabkan gula darah tinggi.
 ☆ Maka lesitin dapat membantu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Bolehkah CELGYNIC GOLD diganti dengan pengambilan sebiji telur kuning setiap hari?
➮ Walaupun telur kuning kaya dengan lesitin, tetapi kandungan kolesterol dan lemak tak tepu di dalamnya juga sangat tinggi.
➮ Pengambilan yang terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan saluran darah jantung dan otak.
➮ Selain itu, Celgynic kaya dengan herba bernilai yang dapat membekalkan pelbagai jenis unsur mineral dan unsur aktif untuk badan dan amat bermanfaat untuk kesihatan badan.

Siapakah yang perlu mengambil CELGYNIC GOLD?
➮ Lelaki yang ada masalah prestasi kelelakian
➮ Mereka yang mempunyai daya keimunan yang rendah,
➮ Warga tua,
➮ Pelupa
➮ Mereka yang perlu menyelaras gula darah, tekanan darah dan kolesterol badan.

Adakah CELGYNIC GOLD sesuai diambil oleh semua peringkat umur?
➮ Kanak-kanak dibawah umur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil CELGYNIC GOLD

Adakah CELGYNIC GOLD memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
➮ Celgynic gold telah memperolehi kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Institut Pemeriksaan dan Penyeliaan Kebersihan Makanan China, boleh dijual secara sah di pasaran.

Adakah CELGYNIC GOLD ada kelulusan KKM?
➮ Celgynic telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM MAL10021962TCR.

Apakah cara pengambilan Celgynic?
➮ Dua kali sehari selepas makan pagi dan malam, 4 hingga 6 biji setiap kali.

CARA PENGAMBILAN : 
☆ Celgynic gold disarankan 4-6 biji 2 kali sehari
☆ 3 tahun keatas 1 biji sehari
☆ 36 tahun kebawah 2 biji pagi dan 2 biji malam
☆ 36 tahun keatas 4 biji pagi dan 4 biji malam
☆ Pesakit jantung 6 biji pagi dan 6 biji malam
☆ Ambil selepas makan pada waktu pagi dan malam



PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN:
✿ Hentikan penggunaan sekiranya wujud masalah spt cirit birit atau kulit sensitif.
✿ Banyakkan pengambilan buah-buahan,vitamin dan air sekiranya mulut berasa kering.
✿ Kontraindikasi pada wanita hamil 
✿ Elakkan daripada sinaran matahari, dicadangkan di simpan dibawah suhu 30C, tarikh luput selama 2 tahun.

#end#




Isnin, 6 Julai 2020

Badan Lemah!!! Tanda dan Punca

Badan Lemah!!! Punca dan tanda

Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga.

Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius.

Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya pada pemeriksaan seseorang doktor.

Apakah punca dan penyebab badan lemah?

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori am iaitu:


1) Gaya hidup

Jika anda mengalami masalah badan lemah, aktiviti dan juga gaya hidup mungkin menjadi punca dan penyebab kepada masalah tersebut. Sebagai contoh, ia boleh disebabkan:

Senaman yang berlebihan
Tidak melakukan senaman
Kurang tidur
Lebih berat badan
Sedang dalam keadaan stres
Sedang mengalami kehilangan seseorang ataupun sesuatu
Pengambilan alkohol yang kerap
Pengambilan dadah
Pengambilan kafein yang banyak
Tidak mengambil diet yang sihat

2) Masalah kesihatan

Terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menyebabkan simptom. Ia adalah:

Anemia (kurang sel darah merah)
Sakit sendi
Jangkitan kuman. Sebagai contoh ketika demam dan selesema
Hipotiroid
Masalah tidur (Insomnia)
Penyakit autoimune (sebagai contoh SLE, Rheumatoid arthritis, Psoriasis dan sebagainya)
Lemah jantung
Kanser
Kencing manis
Kegagalan buah pinggang
Kegagalan fungsi hati

3) Masalah mental

Terdapat beberapa masalah mental yang menyebabkan perkara ini seperti penyakit kebimbangan, tertekan dan sebagainya

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa doktor, jika anda:

Berterusan mengalami masalah tersebut beberapa minggu
Tidak mengetahui punca tersebut
Mengalami kekurangan berat badan yang ketara
Sangat sensitif dengan persekitaran yang sejuk
Mengalami masalah untuk tidur
Merasakan diri berada dalam keadaan tertekan.
Dalam beberapa keadaan, rasa badan lemah merupakan perkara yang serius. 

Pergi ke hospital jika anda mengalami simptom dan tanda seperti di bawah:

Berak berdarah
Muntah darah
Sakit kepala yang teruk
Sakit dada
Rasa nak pengsan
Muka pucat
Pengsan
Sesak nafas
Berfikir untuk membunuh diri

Sumber: https://thediagnosa.com




KEBERKESANAN CELGYNIC GOLD (HERBA MAHARAJA)
✿ Membaiki, memperbaharui dan menstruktur semula membran sel bagi organ-organ badan manusia
✿ Membolehkan sel memperoleh nutrisi dan oksigen yang cukup, menggalakkan kesihatan dan kecergasan sel
✿ Menurun dan menguraikan kolesterol yang terkumpul di saluran darah, melancarkan dan melembutkan saluran darah, menggalakkan peredaran darah, menyelaraskan tekanan darah
✿ Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya keimunan
✿ Menyelaras kelenjar rembesan badan manusia
✿ Menyingkirkan bahan pemerosot kesihatan, lemak teremulsi, menggalakkan metabolisme sel kulit, mencegah penuaan kulit
✿ Mengaktifkan sel otak, membaiki daya ingatan, meningkatkan keupayaan belajar
✿ Mempercepatkan daya penyembuhan kulit yang luka.

CARA PENGAMBILAN : 
☆ Celgynic gold disarankan 4-6 biji 2 kali sehari
☆ 3 tahun keatas 1 biji sehari
☆ 36 tahun kebawah 2 biji pagi dan 2 biji malam
☆ 36 tahun keatas 4 biji pagi dan 4 biji malam
☆ Pesakit jantung 6 biji pagi dan 6 biji malam
☆ Ambil selepas makan pada waktu pagi dan malam

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN:
✿ Hentikan penggunaan sekiranya wujud masalah spt cirit birit atau kulit sensitif.
✿ Banyakkan pengambilan buah-buahan,vitamin dan air sekiranya mulut berasa kering.
✿ Kontraindikasi pada wanita hamil 
✿ Elakkan daripada sinaran matahari, dicadangkan di simpan dibawah suhu 30C, tarikh luput selama 2 tahun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...