Memaparkan catatan dengan label sabun ketiak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabun ketiak. Papar semua catatan

Khamis, 9 Julai 2020

Agar Bau Badan Berbau Harum

BAU badan adalah salah satu asas kebersihan yang patut dijaga oleh setiap individu kerana ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan, malah mengganggu orang lain.

Sumber bau badan sebenarnya bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya.

kredit : freepik

Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan;

1. Jangan sekadar mandi 'kerbau'

Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi 'kerbau'.

Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki.
kredit : freepik


2. Guna deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda.

3. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama.

Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum.
kredit : erika katz


4. Sapukan krim atau pelembap pada kulit

Jika anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, pelembap dan krim dapat membantu tubuh daripada berbau.

Caranya juga mudah, selepas mandi sapu pelembap atau krim beraroma terutamanya pada titik nadi.

5. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

Itulah beberapa tip yang boleh anda lakukan agar badan sentiasa berbau harum.

kredit : mstar.com.my




Isnin, 6 Julai 2020

Cara Putihkan Ketiak Tanpa Kesan Sampingan

Cara putihkan ketiak tanpa kesan sampingan 


Memutihkan ketiak yang hitam boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan alami yang banyak tersedia di persekitaraan kita. Masalah ketiak hitam mungkin sahaja akan menyebabkan wanita rendah diri.

Antara penyebab berlakunya masalah ketiak hitam
 
Penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol, mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman, cabut bulu ketiak, pakaian ketat,sel kulit mati atau pun hormon.

Antara bahan-bahan semula jadi yang dapat membantu
 
Timun, kunyit,betik, kentang, limau nipis, kapur sirih, tepung beras, cuka,sengkuang, madu lemon, susu segar, minyak zaitun dan minyak kelapa.

Kaedah menggunakannya pula banyak...ada bahan yang perlu dicampur dengan bahan ini dan itu..dibiarkan pula untuk beberapa lama dan macam-macam lagi.

Jadi cara yang mudah untuk hilangkan hitam bawah lengan dan ketiak ialah...hanya gunakan Marine Essence Beauty Bar ....


Cara penggunaan

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Cara Simpan

Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Perhatian
Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekiranya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.

#end#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...