Selasa, 25 Ogos 2020

Awas! Duduk terlalu lama bukan hanya buatkan punggung anda kendur, tapi masalah lebih serius!

PASTI ramai antara kita berasa sukar untuk bangun selepas duduk terlalu lama sehingga berasa kebas pada bahagian punggung.

Pakar senaman, Belinda Northon dari Australia memberitahu duduk terlalu lama boleh menyebabkan otot punggung kurang aktif yang akhirnya boleh menyebabkan ia kendur.

Tidak hanya itu, keadaan itu kata Belinda boleh mendatangkan masalah kesihatan termasuk gangguan postur tubuh, peningkatan berat badan dan kesihatan secara keseluruhannya.

Malah katanya, meskipun seseorang itu aktif secara fizikal dan sering bersenam namun jika sering duduk terlalu lama tetap memberi impak negatif.


"Otot punggung adalah otot paling penting daripada otot-otot lain pada tubuh manusia. Jika kita duduk terlalu lama, bahagian fleksibel punggung (hip flexor) akan menegang dan membataskan aktiviti otot punggung anda," katanya.

Keadaan itu juga kata Belinda akan menyebabkan punggung sukar untuk diseret ke hadapan dalam posisi duduk kerana terdapat tekanan pada bahagian bawah punggung yang menimbulkan rasa sakit.

Atas sebab itu juga, jika duduk terlalu lama, kita akan berasa sukar dan sakit untuk bangun.

Sementara itu, Belinda berkata, memang sukar untuk mengelak daripada terpaksa duduk dalam tempoh lama terutamanya yang bekerja di pejabat atau menaiki kapal terbang yang adakalanya memakan masa lebih 10 jam.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa senaman boleh dilakukan agar membuatkan punggung tidak berasa sakit dan kebas.

Ini termasuklah senaman clamshell, glute bridge deadlift, deep squat, lunges, dan step up yang mampu mengaktifkan otot punggung.


"Kita mungkin rasa senaman punggung tidak penting tetapi ketahuilah bahawa otot punggung mempunyai kaitan cukup besar dengan kestabilan tubuh secara keseluruhan.

"Otot punggung yang lemah akan memberikan beban dan tekanan yang lebih kepada tulang belakang dan ia berpotensi untuk mengalami kecederaan jika tersalah gerakan.

"Pokok pangkalnya jangan biasakan duduk terlalu lama dan cuba bangun dan sekurang-kurangnya lakukan senaman ringan," katanya.

kredit:mstar.com.my

Kerap turun-naik penimbang ketika proses nak kurus!!!


BAGI yang sedang dalam proses menurunkan berat badan, perkara biasa jika timbul keinginan untuk menimbang berat badan dengan kerap.

Sebenarnya, anda tidak perlu selalu naik atas penimbang. Sebaliknya hanya perlu tahu bahawa ada waktu terbaik untuk mengetahui berat badan iaitu waktu pagi ketika perut kita masih kosong.

Untuk pembacaan angka yang tepat, timbanglah sebelum anda makan atau minum dan sebaik-baiknya selepas membuang air besar.

Tapi, perasan tak berat badan kita akan berubah-ubah sepanjang hari (jika anda kerap menimbang)? Itu adalah normal, malah berat badan kita akan meningkat di antara 500 gram ke satu kilogram bergantung kepada makanan atau aktiviti anda lakukan pada hari tersebut.

Berat badan akan lebih rendah pada waktu pagi berbanding waktu lain dan antara penyebabnya termasuklah;


1. Dehidrasi

Tubuh kita lebih cenderung mengalami dehidrasi pada waktu pagi sebab selama tujuh ke lapan jam semasa kita tidur, kita tidak makan atau minum.

Selain itu, semua air yang disimpan dalam tubuh akan hilang selama kita tidur. Malah dehidrasi ringan sekali pun akan menyebabkan penurunan berat badan meskipun sedikit.

Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur mampu mencegah dehidrasi.


2. Retensi air

Retensi air dalam tubuh berlaku kerana kehadiran natrium dan karbohidrat yang tinggi. Ia biasanya menyebabkan perut rasa kembung yang dapat menambahkan berat badan.

Pada waktu pagi, perut kita biasanya kosong dan air dalam tubuh akan hilang melalui peluh, pernafasan dan membuang air kecil. Kerana faktor-faktor itu, tubuh kita jadi lebih ringan.

Jadi, jika ingin mengetahui berat badan sebenar anda selepas berhempas pulas bersenam dan mengamalkan diet, timbanglah pada waktu pagi ya!


kredit: mstar.com.my


Isnin, 24 Ogos 2020

Bolehkah kanak-kanak pakai deodoran??



PENGGUNAAN deodoran seolah-olah sudah jadi kemestian orang dewasa bagi mencegah bau badan yang tidak sedap terutamanya jika kita melakukan aktiviti di luar rumah.

Tidak hanya golongan dewasa, kanak-kanak kini juga sudah diajar untuk menggunakan deodoran memandangkan mereka juga kuat berpeluh namun adakah mereka disarankan berbuat demikian?

Sebenarnya tiada had usia tertentu menggunakan deodoran sebab ia bergantung kepada keperluan seseorang.

Contohnya, jika kanak-kanak tersebut sudah berasa tidak selesa dengan peluh di badannya dan menjadi mangsa buli di sekolah hanya kerana bau badan maka tidak menjadi kesalahan memakainya.

Bagaimanapun ibu bapa harus memainkan peranan dalam memilih produk sesuai serta mengajar mereka menggunakan deodoran dengan betul.

Ini termasuklah tidak memakainya dalam keadaan ketiak basah kerana ia boleh menyebabkan kegatalan.

Deodoran dianjurkan dipakai pada waktu malam, ketika kulit sudah dalam keadaan bersih dan tidak berpeluh. Penggunaan deodoran sebenarnya untuk menyerap kelenjar minyak dan bukannya kulit ketiak.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka untuk menjaga kebersihan diri seperti mandi dengan betul, sentiasa memakai pakaian bersih serta tidak terlalu lasak di sekolah.

kredit: mstar.com.my

Khamis, 20 Ogos 2020

Ummah Rabbani Negara Hormani

 Ummah Rabbani Negara Harmoni’ menjadi tema Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M yang akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Paimuzi Yahya berkata tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad S.A.W.

Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. 

Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

“Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan Maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan,” katanya.


Tahniah Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah



Tahniah Dr. Noor Hisham Abdullah....

Ketua Penga­rah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M.

Pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.

Duta Mesir ke Malaysia, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global.

Pemilihan Dr. Noor Hisham, 57, dianggap tepat dan mene­pati jangkaan setelah diiktiraf di peringkat global antara pakar perubatan unggul dalam me­merangi Covid-19.

Ketika pandemik itu melanda negara dan semakin mere­bak ke seluruh dunia April lalu, China Global Television Network (CGTN) melaporkan Dr. Noor Hisham antara tiga doktor terulung peringkat dunia dalam perang menentang Covid-19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.


Ketiga-tiga mereka menge­tengahkan penampilan te­nang, jelas dan meyakinkan ba­gi menyalurkan maklumat mengenai pandemik tersebut.

Me­reka menempa kejayaan dengan muncul sebagai ‘wajah’ ne­gara masing-masing da­lam memerangi Covid-19.

Menerusi laporan sama, CGTN menyifatkan penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Dr. Noor Hisham,

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa mene­rima hadiah berupa pingat dan sijil penghargaan.

Hadiah kepada dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

kredit: utusanmalaysia.


Selasa, 18 Ogos 2020

Tidur siang 10 minit ada baiknya.


TIDAK ramai yang mempunyai kesempatan untuk tidur pada waktu siang kerana sibuk dengan tugas di pejabat atau tidak mahu dipandang sebagai pemalas.

Sebenarnya tidur siang bukan kerana kita malas atau tidak aktif tetapi ia cukup baik untuk kesihatan meskipun hanya 10 minit.

Tidur pada waktu siang dapat meningkatkan produktiviti seseorang selain mengelakkan terjadinya 'mood swing'.

Selain untuk orang dewasa, manfaat tidur siang juga cukup baik untuk kanak-kanak bagi meningkatkan daya pemikirannya.


1. Tingkatkan tumpuan

Terdapat pelbagai bukti berdasarkan kajian membuktikan tidur siang bermanfaat untuk kesihatan seseorang termasuklah lebih produktif meskipun hanya terlelap selama 10 ke 20 minit.

Hanya dengan tidur singkat, ia dapat meningkatkan kemampuan psikomotor yang membuatkan kita lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu.

2. Mudah serap informasi

Ia juga baik untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus seseorang. Kajian juga mendapati, kita juga boleh menyerap informasi dengan lebih cepat selepas tidur siang.

3. Menurunkan tekanan darah

Tidur siang juga baik untuk menurunkan tekanan darah kepada paras normal terutamanya bagi yang menghidap penyakit hipertensi.

Secara puratanya, tidur siang dapat menurunkan tekanan darah sehingga 5 mmHg, sama seperti kesan mengambil ubat tekanan darah.

Penurunan tekanan darah sebanyak 2 mmHg sudah sangat baik bagi menurunkan risiko serangan jantung sehingga 10 peratus.



4. Mood lebih baik

Apabila seharian sibuk di pejabat kita pasti akan rasa tertekan. Tidur seketika mampu mengelakkan kita rasa tertekan dan mengalami perubahan mood yang boleh merosakkan keseluruhan hari anda.

Tidak hanya itu, ia membolehkan tidur pada waktu malam anda menjadi lebih lena kerana anda tidak berada dalam keadaan tertekan.

Waktu tidur siang paling baik

Waktu tidur siang yang terbaik sebenarnya bergantung kepada individu termasuk faktor usia dan aktiviti mereka. Bagaimanapun waktu yang terbaik adalah di antara pukul 1 hingga 3 petang.

Selepas waktu itu kurang sesuai untuk tidur siang kerana ia boleh menggangu pola tidur anda pada waktu malam.


kredit:mstar.com.my

Isnin, 17 Ogos 2020

Tabiat tekan 'snooze' nak tidur lama...ia boleh sebabkan kemurungan!


ADA sesetengah orang, mereka akan segera terbangun apabila mendengar bunyi alarm dan ada pula yang akan terus menerus meneken butang 'snooze' agar dapat tidur lebih lama.


Golongan yang masuk dalam kategori kedua itu biasanya memang liat hendak bangun dan akan menggunakan alasan 'lima minit lagi' agar dapat terus tidur sebelum menyedari mereka sudah terlewat.

Berwaspadalah pada yang mempunyai tabiat ini kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anda.


Malah produk kesihatan berkaitan tidur, Sleep, sedang berusaha agar 'snooze' dikeluarkan daripada sistem telefon Apple.

Ya, menurut pakar, ciri tersebut sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.


Pakar saraf, Matt Janes menjelaskan, ketika alat penggera berbunyi pada waktu pagi, kita akan terbangun dan kebiasaannya kita akan berasa terkejut dengan bunyi alarm.


Matt menjelaskan perasaan terkejut itu dapat memicu sistem saraf simpatik iaitu respons fight atau flight (yang muncul ketika diri berasa terancam) pada sistem saraf otonom.


Jika kita menekan butang 'snooze' dan kembali tidur, saat ia kembali berbunyi beberapa minit kemudian, respons fight atau flight itu tadi akan kembali muncul.


Jadi menekan butang 'snooze' berkali-kali seolah-olah menyerang otak sendiri kerana sistem respons itu terbentuk untuk tempoh terbatas.

Kebiasaannya, keadaan itu dapat memberi kesan fisiologi negatif pada tubuh termasuk bagaimana badan kita melepaskan kortisol yang jika dibiarkan ia akan memicu keradangan pada sel.


"Keadaan ini lebih besar berbanding apa kita fikirkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuk kemurungan," katanya.


Jadi sebaik-baiknya kata Matt, hentikan tabiat membiarkan 'snooze' berfungsi selain tidak melengah-lengahkan waktu apabila alarm pertama sudah berbunyi.


Matt juga menyarankan agar, tidur pada waktu rutin setiap hari bagi mendapat rehat yang cukup dan itu akan memudahkan kita bangun pada waktu pagi.


KREDIT:mstar.com.my

Ahad, 16 Ogos 2020

Golongan mana tidur paling nyenyak dan berkualiti?


MEMANG beruntung jika kita dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di mana wang bukan menjadi satu masalah!

Bukan itu sahaja, malahan laporan terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat melaporkan individu yang kaya memiliki kualiti tidur lebih nyenyak dan berkualiti.

Ia berdasarkan tinjauan terhadap 140,000 responden di antara tahun 2011 hingga 2014 yang mendapati semakin banyak wang dihasilkan, semakin besar kemungkinan seseorang itu dapat berehat dengan tenang.

Kajian itu bagaimanapun tidak menganalisa alasan mengapa orang kaya tidur lebih nyenyak berbanding golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, mengulas mengenai kajian tersebut, Dr. Neil Kline dari Persatuan Tidur Amerika menjelaskan, terdapat beberapa sebab 'orang kaya' tidurnya lebih nyenyak.

"Golongan berada mempunyai kelebihan untuk membeli rumah yang terletak di lokasi lebih tenang, lebih banyak ruang dan kurang padat membuatkan mereka lebih mudah tidur dalam keadaan selesa," katanya.


Selain itu, Neil menjelaskan orang kaya memiliki akses kesihatan yang lebih baik berbanding golongan bawahan sehingga mampu tidur lebih baik.

Menurutnya, kurang tidur dapat mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas. Tidur atau istirehat merupakan salah satu kunci kesihatan selain mengambil pemakanan bergizi dan senaman.

Kurang tidur juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes, penyakit jantung dan masalah kesihatan mental.


Neil memberitahu, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin, adalah sangat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup selain bersenam dan menghindari tidur siang.


kredit : mstar.com.my

Berdengkur...Kenali 3 gejala berdengkur yang berbahaya.

BERDENGKUR ketika tidur biasanya merupakan tanda tubuh kita terlalu letih selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti berat.


Bagaimanapun, berdengkur juga boleh menjadi kayu ukur tahap kesihatan seseorang terutama Yang berkaitan sistem pernafasan seperti masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA adalah situasi di mana nafas seseorang terhenti sekitar 10 hingga 45 saat ketika tidur.


Benar, salah satu gelaja OSA adalah berdengkur kuat secara berterusan ketika tidur selain termengah-mengah seperti sesak nafas.

kredit : Freepik

Situasi itu berlaku disebabkan udara yang masuk ke saluran pernafasan terhalang. Tubuh kita biasanya akan memberi respon dengan batuk yang menyebabkan kita akan terjaga daripada tidur.


Sebaik-baiknya situasi itu tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku kerana ia boleh menyebabkan kematian.


Oleh itu, sangat penting untuk memahami dengkur kita itu membahayakan atau pun tidak.


1. Tak sedar berdengkur, terbatuk-batuk


Terdapat dua situasi berdengkur yang perlu diberi perhatian. Pertama, jika sedang tidur nyenyak, tiba-tiba terbangun dan anda terbatuk-batuk tanpa henti. Keadaan itu menunjukkan pernafasan anda mengalami masalah tersumbat.


Kedua, kita biasanya boleh menyedari diri kita berdengkur namun apabila kita sudah tidak perasan dan diberitahu oleh orang lain, situasi itu juga perlu diberi perhatian.


2. Mulut berasa kering

Bagi yang tidur seorang diri, terdapat cara lain untuk mengenal pasti sama ada dengkur anda bermasalah atau pun tidak.


Jika anda bangun pagi dan merasakan mulut anda sangat kering dan ingin minum air, ia petanda anda berdengkur tanpa henti ketika tidur.


Mulut kering kerana kita bernafas menerusi mulut. Ketika mulut terbuka, hidung akan tersumbat dan lidah pula akan turun ke belakang.


3. Lesu walaupun cukup tidur


Tanda lain yang dapat dikenal pasti adalah rasa mengantuk, konsentrasi terganggu walaupun mendapat tidur yang cukup.


Simptom-simptom ini juga menunjukkan kita mengalami masalah berdengkur yang berada pada tahap teruk.


Situasi itu berlaku apabila tubuh kita berasa lemah disebabkan oksigen yang memasuki ke otak ketika tidur tidak mencukupi akibat berdengkur.


kredit : mstar.my


Jumaat, 14 Ogos 2020

Cukup susah nak mimum air putih?

Ikuti saranan ini...


ADA di antara kita yang cukup susah nak telan air kosong kerana ia tidak mempunyai rasa berbanding air sirap atau teh o ais limau.

Cuba tanya pada diri sendiri, berapa gelas air kosong yang anda minum setiap hari? Jika kurang daripada lapan gelas tetapi 10 gelas teh tarik, maka anda perlu ubah tabiat tersebut.

Sudah tiba masanya anda membiasakan diri minum air lebih banyak mulai hari ini.

Berikut ada beberapa cara dan helah untuk minum air putih tanpa membayangkan sirap ais!


1. Beri rasa pada air kosong


Beri rasa di sini bukan bermaksud meletakkan 10 sudu gula, sebaliknya letak buah seperti lemon, pudina atau oren sebagai perasa asli. Dengan cara ini, ia bukan sahaja boleh bertindak sebagai detox tetapi membuatkan anda lebih berselera meneguk air putih.

2. Guna penyedut minuman

Penyedut minuman adalah salah satu kaedah termudah untuk menipu diri sendiri agar minum lebih banyak air putih. Percaya atau tidak, kita tidak akan sedar berapa banyak air telah diminum jika menggunakan penyedut minuman. Cubalah!

3. Beli botol sendiri


Beli botol air dengan corak yang menarik kesukaan anda dan paling penting cari saiz yang mudah anda bawa ke mana-mana dan membuat isian semula.

4. Tetapkan waktu minum

Sebagai langkah disiplin, tetapkan penggera pada telefon anda pada setiap setengah jam bagi mengingatkan anda untuk minum air selain tentukan jumlah yang perlu diminum pada setiap tempoh itu. Mudah bukan?


5. Letak botol air di tepi katil

Helah meletakkan botol air ditepi katil adalah sebagai mengingatkan kita untuk minum segelas air saat bangun atau sebelum tidur. Minum air selepas bangun juga sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh.


kredit :- mstar.com.my

Khamis, 13 Ogos 2020

Cukup susah nak minum air putih!

5 minuman ini boleh jadi pengganti.


TUBUH badan kita memerlukan air yang cukup agar organ dapat berfungsi dengan baik. 

Jika kekurangan cecair dalam badan ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Bahaya dehidrasi ini ia boleh menyebabkan beberapa masalah seperti keletihan, sembelit dan kurang konsentrasi ketika melakukan sesuatu kerja atau aktiviti.

Keperluan air setiap hari mungkin berbeza bagi setiap orang - bergantung kepada berat badan, aktiviti fizikal dan fungsi usus, namun secara umumnya, kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.

Cuma masalahnya sekarang, ramai yang cukup susah minum air putih kerana rasanya yang hambar sebaliknya lebih gemar memilih air berperisa, kafein dan bergula.



Sebenarnya terdapat beberapa jenis air, selain air putih yang dapat membantu mengelakkan dehidrasi pada tubuh termasuklah;

1. Sparkling water

Air soda sparkling ini bukan selalunya buruk buat anda. Pilih sahaja sparkling water yang tidak mengandungi gula. 

Bagi menambahkan rasa, anda boleh perah lemon atau limau kasturi.

Minuman ini bukan sahaja memberikan hidrasi tetapi sensasi geletek pada lidah tanpa perlu khuatir tentang kandungan kalori. 

Paling best, anda juga dapat menambah vitamin C daripada lemon atau limau kasturi.

2. Teh herba

Kalau susah nak telan air putih, anda juga boleh cuba teh herba yang mempunyai pelbagai perasa dan aroma - membuatkan rasanya tidak hambar.

Ia juga dapat memberi manfaat tambahan kepada kesihatan anda, tapi jangan pula campur dengan gula!


3. Air kayu manis

Kayu manis merupakan salah satu jenis rempah yang sering digunakan dalam masakan. 

Ia juga sebenarnya boleh digunakan sebagai campuran dalam minuman.

Caranya cukup mudah, masukkan dua batang kayu manis ke dalam air yang panas dan sedia diminum selepas ia sejuk.

4. Teh hijau

Ganti teh o ais dengan teh hijau. Bukan sahaja ia menyegarkan, teh hijau juga memberikan manfaat sebagai antioksidan.

Tidak hanya antioksidan, ia juga mempunyai katefin yang berfungsi mencegah radikal bebas dalam tubuh badan manusia.


5. Infused water

Ini kaedah paling mudah dan popular! Campurkan apa sahaja potongan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam air putih anda seperti epal, oren, strawberi atau beri biru.

Simpan air campuran itu dalam peti sejuk. 

Infused water boleh dinikmati keesokan harinya dengan rasa semula jadi yang memberi kebaikan kepada badan.


kredit :- mstar.com.my

Rabu, 12 Ogos 2020

Khasiat kacang bendi yang anda tidak tahu...

TAK lengkap rasanya kalau memasak kari tanpa sayuran seperti terung, tomato dan kacang bendi bagi menambah rasa dan 'kemeriahan' juadah tersebut.

Okra or Okro Abelmoschus esculentus, known in many English-speaking countries as ladies' fingers or ochro, is a flowering plant in the mallow family.

Bagaimanapun tahukah anda, kacang bendi mempunyai pelbagai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan kita.

Ya, ia mengandungi vitamin A dan antioksidan seperti betakaroten, xanthin dan lutein, malah ia salah satu sayuran dengan kandungan antioksidan tinggi.

Kajian juga mendapati kacang bendi kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi tubuh daripada kanser paru-paru dan mulut.

Selain itu, kandungan eugenol yang terdapat padanya juga dapat membantu melawan penyakit diabetes.


Serat pada kacang bendi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan cara menunda penyerapan gula daripada usus.

menu bendi goreng

Berikut adalah beberapa manfaat kacang bendi kepada tubuh manusia.

1. Tingkatkan kesihatan jantung

Hasil penelitian juga menunjukkan, kacang bendi dapat membantu menurunkan kemungkinan penyakit kardiovaskular. Serat yang terdapat pada sayuran itu juga dapat mengurangkan kolestrol.

2. Membunuh sel kanser payudara

Satu daripada lapan wanita disahkan menghidap kanser payudara. Namun penelitian mengatakan, lektin yang terkandung dalam kacang bendi dapat membunuh sel kanser tersebut.

Kajian juga menunjukkan amalan memakan sayuran ini dapat mengurangkan risiko kanser tersebut sebanyak 63 peratus.

3. Cegah penyakit hati

Hati adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia. Dengan bantuan vitamin K, ia akan menghasilkan protein yang penting dalam pembekuan darah.

Sayuran ini juga dapat membantu memecahkan sel darah tua atau sudah rosak selain memastikan hati terlindung daripada penyakit.

4. Tingkatkan penglihatan

Kajian menunjukkan vitamin A dan beta-karoten yang ditemui dalam bendi yang juga dikenali sebagai okra adalah nutrisi penting untuk menjaga penglihatan yang baik.

Selain itu, ia dapat mencegah penyakit berkaitan mata seperti katarak dan masalah penglihatan akibat faktor usia.


5. Sumber kalsium

Kacang bendi terbukti dapat memberikan banyak kalsium dan magnesium pada tubuh badan manusia.

kredit :- mstar.com.my

Selasa, 11 Ogos 2020

Perhatian kepada lelaki yang single...

Ketahui 6 tip menambat hati si jelita.


RAMAI lelaki yang kurang keyakinan diri untuk mendekati wanita pujaannya kerana takut ditolak dan sanggup 'single forever'.


Padahal sebenarnya bukan susah sangat nak menambat hati orang yang kita sukai. Malah kajian telah membuktikan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memikat seseorang dan peratusan berjaya juga tinggi!

Berikut adalah enam perkara tentang lelaki yang dapat menambat hati seorang wanita.



1. Wajah yang tampan... Mungkin tidak!


Tidak dinafikan wajah yang kacak adalah bonus dalam menarik perhatian wanita. Meskipun daya tarikan fizikal memainkan peranan tetapi ia bukanlah perkara utama.


Sebaliknya kajian membuktikan wanita lebih suka dengan lelaki yang berkeyakinan tinggi dan melihat aspek lain dalam diri seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup.


2. Kelakar


Kajian juga membuktikan wanita tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa. Dalam kata lain, sikap humor itu antara ciri yang dicari mereka.


Ini kerana sikap humor itu juga dapat menceritakan pelbagai perkara lain tentang seorang lelaki termasuk tahap kepintarannya, kreativiti dan keluarganya.


3. Pencinta haiwan


Selain kelakar, wanita juga menyukai lelaki yang menyayangi binatang. Kajian menunjukkan, lelaki yang mempunyai haiwan peliharaan mencerminkan interaksi sosial yang baik di antara manusia.


Eksperimen lain juga mendapati, lelaki yang memiliki haiwan peliharaan dapat meningkatkan daya tarikan dalam jangka panjang serta menunjukkan kemampuan mereka menjaga dan menyayangi.


4. Berani ambil risiko


Kajian membuktikan wanita menyukai lelaki yang sukakan cabaran dan mengambil risiko sebagai pasangan. Ini termasuklah yang gemarkan aktiviti lasak yang membuatkan mereka tampak menawan di hati seorang perempuan.


5. Sikap altruisme


Altruisme atau sikap ambil peduli tentang orang lain juga kualiti yang cukup disenangi oleh wanita malah kajian turut mendapati ciri ini antara yang paling dititikberatkan sebelum membuat pilihan.


6. Gemar warna merah


Jika sebelum ini, jarang memakai baju berwarna merah - mungkin selepas ini anda boleh berbuat demikian kerana ia dapat menarik perhatian wanita.


Kajian mendapati lelaki yang memakai baju berwarna merah lebih tampan dan menarik serta melambangkan status tinggi.

kredit : mstar.com.my



APAKAH ITU EXCHANGE?

Sepertimana pengguna menjual beli saham di bursa saham, exchange ialah laman web di mana pengguna boleh menjual beli Bitcoin dan Altcoin.

Contoh exchange ialah Luno, Binance, Coinbase, LocalBitcoins, Kraken dan BitPanda. 

Ambil perhatian yang hanya beberapa exchange sahaja yang beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia (contoh: CoinBase dan LocalBitcoins). 

Kebanyakan exchange beroperasi hanya di beberapa negara tertentu sahaja (contoh: Luno yang beroperasi di Afrika Selatan, Singapore, Indonesia dan Malaysia sahaja).

Untuk bertransaksi di exchange tertentu, pengguna perlulah mendaftarkan diri dengan exchange tersebut dahulu. 

Selalunya mereka akan bermula dengan proses pengesahan identiti. 

Apabila proses pengesahan itu berjaya, barulah akaun dibuka untuk pengguna. 

Mereka kemudiannya perlu memindahkan dana ke dalam akaun ini sebelum mereka dapat membeli coin. 

Ada juga exchange (contohnya Luno) yang mengehadkan jumlah transaksi bergantung kepada tahap pengesahan diri pengguna. Lebih banyak maklumat yang diberikan oleh pengguna, lebih tinggilah jumlah coin yang mereka dapat berjual beli.

Cara untuk mendeposit dana ke dalam exchange mungkin berbeza mengikut exchange yang berbeza. 

Cara tersebut termasuklah pindahan atas talian, direct bank-in, draf bank, kad kredit, kad debit dan wire transfer.  

Pengguna yang ingin mengeluarkan wang dari akaunnya pula boleh menggunakan opsyen yang disediakan oleh exchange seperti pindahan atas talian, PayPal, direct bank-in, cek atau kad kredit.

Sudah tentu pihak exchange tidak membuat semua kerja ini dengan percuma! Mereka juga mendapat habuan mereka. 

Habuan yang pertama adalah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna setiap kali mereka membuat transaksi membeli dan menjual coin. 

Habuan yang kedua adalah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna untuk mendeposit dan mengeluarkan wang dari akaun mereka. 

Selain fi transaksi dan yuran pemindahan dana, pengguna juga boleh dikenakan fi penukaran mata wang. Jumlah semua fi ini bergantung kepada polisi exchange berkenaan.

maklumat lanjut boleh klik link ini...

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.


Isnin, 10 Ogos 2020

Coin VS Token



Anda mesti mendengar istilah ‘coin’ dan ‘token’ digunakan dalam dunia cryptocurrency. Anda mungkin bertanya mengapa terdapat dua istilah dan apakah perbezaan di antara kedua-duanya?

Berikut ialah sebahagian jawapannya: 

Sebenarnya coin dan token ialah dua konsep yang berbeza. 

Bagaimanapun istilah ‘coin’ dan ‘token’ sering digunakan sebagai sinonim dan malah ramai orang menganggap mereka boleh ditukar ganti – sepertimana kita gunakan istilah ‘wang’ dan ‘duit’. 

Situasi ini mungkin timbul kerana cryptocurrency bukan sahaja merupakan subjek yang baru tetapi ianya juga berubah dengan pantas dan pesat. 

Jadi timbullah istilah-istilah baru yang membawa kepada salah faham dan seterusnya salah guna istilah-istilah tersebut.

Contoh yang ketara adalah bagaimana semua coin dan token dianggap sebagai cryptocurrency, walaupun kebanyakan daripada mereka tidak digunakan sebagai mata wang dan malah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi mata wang pun! 

Menurut definisi, mata wang ialah medium pertukaran, unit akaun dan nilai simpanan. Bitcoin mempunyai semua ciri-ciri ini, jadi istilah ‘cryptocurrency’ adalah wajar dalam kes ini. (Ingat yang Bitcoin adalah cryptocurrency yang pertama.) 

Malangnya kejayaan Bitcoin ini bermakna semua produk-produk yang muncul selepasnya (kira anak, cucu dan cicit Bitcoinlah!) dilabelkan sebagai cryptocurrency juga, walaupun kebanyakan mereka tidak memenuhi ciri-ciri mata wang. Jadi coin dipanggil cryptocurrency, dan malah token turut dipanggil sebagai cryptocurrency juga. Kekeliruan ini berterusan hingga ke hari ini kerana (a) ramai orang masih keliru dengan cryptocurrency (b) mereka malas nak belajar tentangnya! Jadi inilah sebabnya mengapa ramai orang membeli token walaupun tujuan asal adalah untuk membeli coin!

boleh baca di link ini

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

Ahad, 9 Ogos 2020

BOLEHKAH ALTCOIN DIGODAM?

Salah satu isu penting dalam dunia internet ialah tahap sekuriti. Dan oleh sebab Altcoin wujud di internet, isu sekuriti adalah amat penting dan malah kritikal.

Jawapan kepada soalan “Bolehkah Altcoin digodam?” ialah, “Tidak boleh!”

“Mengapa tidak boleh?” Inilah soalan yang sering ditanya oleh pengkritik-pengkritik Altcoin. Mereka tidak percaya atau tidak mahu percaya yang Altcoin tidak boleh digodam!


Jawapan pertamanya adalah kerana Altcoin wujud dalam rangkaian (network) yang decentralized dan tidak mempunyai pusat untuk hacker menyerang protokolnya. 

Walaupun pengguna individu boleh digodam, tetapi serangan itu tidak akan menjejaskan rangkaian Altcoin itu sendiri. 

Malah jika semua pengguna Altcoin di Malaysia digodam pada masa yang sama, rangkaian Altcoin akan terus beroperasi seperti sedia kala!

Jawapan keduanya adalah kerana rangkaian Altcoin menggunakan tahap kriptografi yang tinggi untuk memastikan integriti blockchain dan transaksi-transaksi Altcoin. 

Walaupun tahap kriptografi itu boleh digodam secara teori, ianya adalah mustahil untuk dilakukannya kerana ia memerlukan gabungan kuasa pemprosesan kesemua super-komputer yang wujud di dunia dan mengambil masa beratus-ratus tahun hanya untuk mempunyai peluang melakukannya. 

Dalam kata lain, situasi ini tidak akan berlaku!

Jumpa di siri seterusnya....

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

klik link ini...

Sabtu, 8 Ogos 2020

MENGAPAKAH JUMLAH ALTCOIN INI BEGITU BANYAK SEKALI?

sambungan Pengenalan Altcoin...

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, selepas melihat kejayaan Bitcoin yang mendapat sambutan yang hebat daripada pelabur di seluruh pelusuk dunia, cryptocurrency lain pun muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Dan kebanyakannya menawarkan beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan Bitcoin. 

Sebagai contoh, Litecoin dilancarkan pada bulan October 2011 oleh Charlie Lee, bekas Pengarah Kejuruteraan di syarikat CoinBase. Litecoin ialah fork daripada Bitcoin yang mempunyai beberapa perbezaan termasuklah masa penjanaan blok 2.5 minit (lawan 10 minit untuk Bitcoin), jumlah maksimum coin 61 juta (lawan 21 juta untuk Bitcoin), algoritma hashing yang berbeza (Scrypt dan bukan SHA-256), dan GUI yang diubah suai.

Beberapa coin baru juga dilancarkan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti Ripple (XRP) yang diciptakan untuk menjadi pilihan penyelesaian yang paling pantas dan berkesan untuk institusi kewangan, Monero (XMR) yang menawarkan tahap privasi yang paling tinggi sementara Ethereum (ETH) dan Neo yang dibangunkan untuk memperluaskan penggunaan teknologi blockchain di luar industri kewangan.

Dan dengan peredaran masa, proses untuk melancarkan coin-coin baru ini menjadi lebih senang, cepat dan murah. 

Poin yang terakhirnya adalah kerana tidak ada undang-undang di kebanyakan negara yang mengehadkan pelancaran coin-coin baru ini. 

Malah, jika ada undang-undang yang mengehadkan pelancaran coin-coin baru ini pun tidak ada gunanya kerana ianya tidak boleh dikuat kuasakan pun!

Semua poin-poin ini bak memberikan lampu hijau untuk sesiapa yang berminat untuk melancarkan coin mereka!

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.

klik link ini...

Jumaat, 7 Ogos 2020

ALTCOIN: SIRI PENGENALAN

APAKAH ITU ALTCOIN?

Jawapan pendek kepada soalan ini amat mudah: Altcoin ialah semua cryptocurrency yang bukan Bitcoin! 

Atau dalam kata lain, mereka merupakan alternatif kepada Bitcoin.

Baik. Sekarang saya berikan jawapan panjangnya pula:

‘Altcoin’ adalah gabungan dua istilah: ‘alt’ dan ‘coin’.

‘Alt’ menandakan ‘alternatif’ dan ‘coin’ menandakan (pada dasarnya) ‘cryptocurrency’. 

Selepas kejayaan Bitcoin, mata wang digital peer-to-peer lain pun muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Dan untuk membezakan mereka daripada Bitcoin, istilah Altcoin pun dicipta dan digunakan untuk menerangkan semua cryptocurrency yang baru ini. Istilah ini masuk akal pada waktu permulaannya kerana jumlah Altcoin itu sedikit. Malangnya, tidak lama kemudian, jumlah Altcoin meningkat dengan ketara. Malah, mereka muncul bagaikan pekerja asing di Malaysia – banyak, cepat, pelbagai jenis dan rupa dan hampir tidak terkawal! 

Dan kerana  istilah ‘Altcoin’ bermakna semua cryptocurrency yang bukan Bitcoin, ini bermakna yang terdapat lebih 5,500 Altcoin semasa anda membaca post ini! Ini termasuklah yang terkenal dan popular seperti Ethereum, Ripple, Binance Coin, Tether dan Litecoin kepada yang kabur seperti Mixin, Tap dan Centrality kepada yang scam seperti OneCoin, Visa Coin dan Speed Coin.


Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.




DISCLAIMER

This eZine is for educational purposes only. The author and publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, of the  use and application of any of the contents of this e-zine.
 

Khamis, 6 Ogos 2020

BITCOIN DIKAWAL SELIA OLEH ALGORITHM


The price of Bitcoin and selected Altcoins has climbed significantly recently. So I thought you may be interested in reading more about it. Enjoy!


Salah satu isu yang sering dibangkitkan oleh pengkritik2 Bitcoin ialah ianya tidak dikawal selia oleh kerajaan. Dan oleh kerana Bitcoin tidak dikawal selia oleh kerajaan, maka imbasannya ialah (a) apa saja boleh berlaku dalam dunia Bitcoin, dan (b) peluang untuk kacau bilau berlaku adalah amat tinggi.

Saya faham mengapa mereka berpendapat begitu. Ini adalah kerana banyak perkara dan situasi dalam kehidupan kita di dunia ini memerlukan kawalan untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Ini termasuklah undang2 jalanraya yang dikawal selia oleh penguatkuasa JPJ dan polis, dan gated and guarded communities yang mempunyai kawalan guard.

Bagaimanapun, pendapat yang Bitcoin tidak dikawal selia adalah kurang tepat. Ini adalah kerana BITCOIN DIKAWAL SELIA OLEH ALGORITHM KOMPUTER. Semua Bitcoin yang diterbitkan telah diperiksa oleh algorithm jadi Bitcoin yang ‘cacat’ atau tidak sempurna tidak wujud. Semua transaksi Bitcoin juga diperiksa dan diluluskan oleh algorithm, jadi situasi dimana transaksi yang tak betul atau tak sempurna diluluskan juga tak boleh berlaku. Dan sepertimana saya sudah terangkan banyak kali sebelum ini, network Bitcoin tak boleh digodam. Jadi Bitcoin adalah satu contoh of a self-checking and self-regulating system. Ianya tak perlu input daripada manusia dan tak perlu dikawal selia oleh manusia kerana semuanya dilakukan oleh sistem komputer secara otomatik. (By the way, saya tak membohong atau merekacipta semua ayat2 ini. Mereka adalah fakta! Jika anda tak percaya semua ini, ianya sebab anda tak study tentang Bitcoin lagi.)

Untuk menolong anda memahami konsep self-checking and self-regulating system ini, saya ingin berkongsi cerita sistem autoland. FYI, kebanyakkan pesawat2 komersial yang beroperasi hari ini seperti Airbus A330, A380, Boeing B777 dan Boeing B787 boleh melakukan pendaratan secara otomatik. Yes, the planes can land themselves! Setelah selectionnya dipilih oleh juruterbang, sistem komputer pesawat akan memeriksa yang semuanya – sistem di dalam pesawat dan juga di landasan – adalah sempurna untuk membolehkan autoland itu dilakukan. Jika ada apa2 yang tak sempurna, maka komputer pesawat akan reject selection tersebut, dan autoland itu tak boleh dilakukan (maka juruterbang perlulah membuat landing secara manual). And throughout the whole landing process, komputer pesawat akan terus menerus memeriksa yang semuanya kekal sempurna. Jika ada yang tak betul, warning akan keluar, dan juruterbang akan take over. In short, setelah selectionnya dipilih, sistem autoland itu tidak memerlukan manual input daripada juruterbang, ATC controller atau sesiapa pun.

To summarize the process, semuanya perlu sempurna, barulah sistem autoland itu beroperasi. Jadi sistem autoland ini adalah satu contoh of a self-checking and self-regulating system. (Please do not try to be a smart ass and point out this and that about the autoland process because I am giving an example of a self-regulating system here. Otherwise, we can talk all day and night just about flying instead of investments.)

Likewise, BITCOIN IS REGULATED BY ALGORITHM DAN TIDAK MEMERLUKAN INPUT ATAU KAWALAN SELIA OLEH SESIAPA TERMASUKLAH POLIS, BNM ATAU KERAJAAN. EVERYTHING HAS BEEN SET, AND WORKS BEAUTIFULLY!

Of course, cerita sepenuhnya amat panjang, jadi ini bermakna yang anda perlulah menambah ilmu tentang Bitcoin untuk memahaminya. Seperti yang saya telah sebut dulu, Bitcoin bukan saja produk yang baru tetapi ianya asset class yang baru juga. Jika anda tak study tentangnya, anda tak akan faham dan oleh kerana itu, tak akan menyertainya dan akan terlepas daripada mendapat manfaatnya. 

Jika hendak tahu lebih lanjut mengenai cryptocurrency ini boleh klik link dibawah..


Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.




DISCLAIMER

This eZine is for educational purposes only. The author and publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal or otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, of the  use and application of any of the contents of this e-zine.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...