ROBO INVESTMENT

Robo Investment

Sejak kebelakangan ini, perkataan Robo-Advisor mula meniti di bibir para peminat dunia pelaburan dan pakar dalam bidang fintech. Teknologi robo-advisor mula bertapak di Malaysia pada tahun 2017, setelah Suruhanjaya Sekuriti (SC) melancarkan Digital Investment Framework yang mengawal selia aktiviti pelaburan firma robo-advisor.

Ringkasnya, robo-advisor menggunakan algoritma dan matematik untuk menentukan aset yang akan dilaburkan di dalamnya. Semua proses seperti bila harga untuk beli, signal untuk jual, trend sedang menaik atau menurun dan segala macam indikator; sudah diprogramkan oleh pasukan IT setiap firma pelaburan.

Seperti yang kita tahu, aktiviti pelaburan sangat dikawal selia dengan ketat di Malaysia untuk menjaga kepentingan pelabur. Oleh itu, di Malaysia, firma yang mahu beroperasi sebagai pengurus dana pelaburan perlu mendapatkan lesen daripada SC.

3 firma yang telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi dalam pelaburan digital ini ialah Stashaway, MyTHEO dan Wahed Invest. Yang confirm patuh shariah buat masa ini adalah Wahed Invest, jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Modal Serendah RM100.



Wahed Technologies Sdn. Bhd. adalah pemegang lesen Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) yang diberikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
Wahed diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan pengurusan dana yang menggabungkan teknologi inovatif ke dalam perkhidmatan pengurusan portfolio automatik yang ditawarkan kepada pelanggan di bawah lesen yang dikeluarkan menurut Jadual 2 Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007. 

Wahed tidak berniat untuk menawarkan atau meminta sesiapa sahaja untuk membeli atau menjual sekuriti jika peraturan setempat tidak membenarkannya atau di suatu tempat di mana perkhidmatan pelaburan tersebut bertentangan dengan undang-undang atau peraturan yang sedia ada. 

Semua pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan wang yang anda melabur, dan prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan. 

Hasil masa lalu mana-mana sistem perdagangan yang diterbitkan oleh Wahed Technologies Sdn. Bhd., melalui laman web atau sebaliknya, tidak menjanjikan pengembalian masa depan oleh sistem itu, dan tidak menunjukkan pengembalian masa depan yang akan direalisasikan oleh anda. Wahed Technologies Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap liabiliti untuk hasil perdagangan dan pelaburan anda. 

Sila layari www.wahedinvest.com untuk terma dan syarat penuh.

Jika anda berminat untuk mencuba melabur dalam Wahed Invest, jangan lupa masukkan  promo kod saya iaitu mohmoh2425...bukan apa sebab dari semasa ke semasa Wahed Invest ada buat promosi...jika dimasukan referral code...boleh dapat tambahan USD5 atau lebih bergantung kepada promosi masa anda mendaftar.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...