Memaparkan catatan dengan label berdengkur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berdengkur. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2020

Berdengkur...Kenali 3 gejala berdengkur yang berbahaya.

BERDENGKUR ketika tidur biasanya merupakan tanda tubuh kita terlalu letih selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti berat.


Bagaimanapun, berdengkur juga boleh menjadi kayu ukur tahap kesihatan seseorang terutama Yang berkaitan sistem pernafasan seperti masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA adalah situasi di mana nafas seseorang terhenti sekitar 10 hingga 45 saat ketika tidur.


Benar, salah satu gelaja OSA adalah berdengkur kuat secara berterusan ketika tidur selain termengah-mengah seperti sesak nafas.

kredit : Freepik

Situasi itu berlaku disebabkan udara yang masuk ke saluran pernafasan terhalang. Tubuh kita biasanya akan memberi respon dengan batuk yang menyebabkan kita akan terjaga daripada tidur.


Sebaik-baiknya situasi itu tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku kerana ia boleh menyebabkan kematian.


Oleh itu, sangat penting untuk memahami dengkur kita itu membahayakan atau pun tidak.


1. Tak sedar berdengkur, terbatuk-batuk


Terdapat dua situasi berdengkur yang perlu diberi perhatian. Pertama, jika sedang tidur nyenyak, tiba-tiba terbangun dan anda terbatuk-batuk tanpa henti. Keadaan itu menunjukkan pernafasan anda mengalami masalah tersumbat.


Kedua, kita biasanya boleh menyedari diri kita berdengkur namun apabila kita sudah tidak perasan dan diberitahu oleh orang lain, situasi itu juga perlu diberi perhatian.


2. Mulut berasa kering

Bagi yang tidur seorang diri, terdapat cara lain untuk mengenal pasti sama ada dengkur anda bermasalah atau pun tidak.


Jika anda bangun pagi dan merasakan mulut anda sangat kering dan ingin minum air, ia petanda anda berdengkur tanpa henti ketika tidur.


Mulut kering kerana kita bernafas menerusi mulut. Ketika mulut terbuka, hidung akan tersumbat dan lidah pula akan turun ke belakang.


3. Lesu walaupun cukup tidur


Tanda lain yang dapat dikenal pasti adalah rasa mengantuk, konsentrasi terganggu walaupun mendapat tidur yang cukup.


Simptom-simptom ini juga menunjukkan kita mengalami masalah berdengkur yang berada pada tahap teruk.


Situasi itu berlaku apabila tubuh kita berasa lemah disebabkan oksigen yang memasuki ke otak ketika tidur tidak mencukupi akibat berdengkur.


kredit : mstar.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...