Khamis, 13 Ogos 2020

Cukup susah nak minum air putih!

5 minuman ini boleh jadi pengganti.


TUBUH badan kita memerlukan air yang cukup agar organ dapat berfungsi dengan baik. 

Jika kekurangan cecair dalam badan ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Bahaya dehidrasi ini ia boleh menyebabkan beberapa masalah seperti keletihan, sembelit dan kurang konsentrasi ketika melakukan sesuatu kerja atau aktiviti.

Keperluan air setiap hari mungkin berbeza bagi setiap orang - bergantung kepada berat badan, aktiviti fizikal dan fungsi usus, namun secara umumnya, kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.

Cuma masalahnya sekarang, ramai yang cukup susah minum air putih kerana rasanya yang hambar sebaliknya lebih gemar memilih air berperisa, kafein dan bergula.



Sebenarnya terdapat beberapa jenis air, selain air putih yang dapat membantu mengelakkan dehidrasi pada tubuh termasuklah;

1. Sparkling water

Air soda sparkling ini bukan selalunya buruk buat anda. Pilih sahaja sparkling water yang tidak mengandungi gula. 

Bagi menambahkan rasa, anda boleh perah lemon atau limau kasturi.

Minuman ini bukan sahaja memberikan hidrasi tetapi sensasi geletek pada lidah tanpa perlu khuatir tentang kandungan kalori. 

Paling best, anda juga dapat menambah vitamin C daripada lemon atau limau kasturi.

2. Teh herba

Kalau susah nak telan air putih, anda juga boleh cuba teh herba yang mempunyai pelbagai perasa dan aroma - membuatkan rasanya tidak hambar.

Ia juga dapat memberi manfaat tambahan kepada kesihatan anda, tapi jangan pula campur dengan gula!


3. Air kayu manis

Kayu manis merupakan salah satu jenis rempah yang sering digunakan dalam masakan. 

Ia juga sebenarnya boleh digunakan sebagai campuran dalam minuman.

Caranya cukup mudah, masukkan dua batang kayu manis ke dalam air yang panas dan sedia diminum selepas ia sejuk.

4. Teh hijau

Ganti teh o ais dengan teh hijau. Bukan sahaja ia menyegarkan, teh hijau juga memberikan manfaat sebagai antioksidan.

Tidak hanya antioksidan, ia juga mempunyai katefin yang berfungsi mencegah radikal bebas dalam tubuh badan manusia.


5. Infused water

Ini kaedah paling mudah dan popular! Campurkan apa sahaja potongan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam air putih anda seperti epal, oren, strawberi atau beri biru.

Simpan air campuran itu dalam peti sejuk. 

Infused water boleh dinikmati keesokan harinya dengan rasa semula jadi yang memberi kebaikan kepada badan.


kredit :- mstar.com.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...