Ketahui 6 tip menambat hati si jelita.
RAMAI lelaki yang kurang keyakinan diri untuk mendekati wanita pujaannya kerana takut ditolak dan sanggup 'single forever'.
Padahal sebenarnya bukan susah sangat nak menambat hati orang yang kita sukai. Malah kajian telah membuktikan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memikat seseorang dan peratusan berjaya juga tinggi!
Berikut adalah enam perkara tentang lelaki yang dapat menambat hati seorang wanita.
1. Wajah yang tampan... Mungkin tidak!
Tidak dinafikan wajah yang kacak adalah bonus dalam menarik perhatian wanita. Meskipun daya tarikan fizikal memainkan peranan tetapi ia bukanlah perkara utama.
Sebaliknya kajian membuktikan wanita lebih suka dengan lelaki yang berkeyakinan tinggi dan melihat aspek lain dalam diri seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup.
2. Kelakar
Kajian juga membuktikan wanita tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa. Dalam kata lain, sikap humor itu antara ciri yang dicari mereka.
Ini kerana sikap humor itu juga dapat menceritakan pelbagai perkara lain tentang seorang lelaki termasuk tahap kepintarannya, kreativiti dan keluarganya.
3. Pencinta haiwan
Selain kelakar, wanita juga menyukai lelaki yang menyayangi binatang. Kajian menunjukkan, lelaki yang mempunyai haiwan peliharaan mencerminkan interaksi sosial yang baik di antara manusia.
Eksperimen lain juga mendapati, lelaki yang memiliki haiwan peliharaan dapat meningkatkan daya tarikan dalam jangka panjang serta menunjukkan kemampuan mereka menjaga dan menyayangi.
4. Berani ambil risiko
Kajian membuktikan wanita menyukai lelaki yang sukakan cabaran dan mengambil risiko sebagai pasangan. Ini termasuklah yang gemarkan aktiviti lasak yang membuatkan mereka tampak menawan di hati seorang perempuan.
5. Sikap altruisme
Altruisme atau sikap ambil peduli tentang orang lain juga kualiti yang cukup disenangi oleh wanita malah kajian turut mendapati ciri ini antara yang paling dititikberatkan sebelum membuat pilihan.
6. Gemar warna merah
Jika sebelum ini, jarang memakai baju berwarna merah - mungkin selepas ini anda boleh berbuat demikian kerana ia dapat menarik perhatian wanita.
Kajian mendapati lelaki yang memakai baju berwarna merah lebih tampan dan menarik serta melambangkan status tinggi.
kredit : mstar.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan