Khamis, 20 Ogos 2020

Tahniah Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah



Tahniah Dr. Noor Hisham Abdullah....

Ketua Penga­rah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M.

Pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.

Duta Mesir ke Malaysia, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pemilihan kedua-dua tokoh itu berdasarkan sumbangan mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan global.

Pemilihan Dr. Noor Hisham, 57, dianggap tepat dan mene­pati jangkaan setelah diiktiraf di peringkat global antara pakar perubatan unggul dalam me­merangi Covid-19.

Ketika pandemik itu melanda negara dan semakin mere­bak ke seluruh dunia April lalu, China Global Television Network (CGTN) melaporkan Dr. Noor Hisham antara tiga doktor terulung peringkat dunia dalam perang menentang Covid-19, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.


Ketiga-tiga mereka menge­tengahkan penampilan te­nang, jelas dan meyakinkan ba­gi menyalurkan maklumat mengenai pandemik tersebut.

Me­reka menempa kejayaan dengan muncul sebagai ‘wajah’ ne­gara masing-masing da­lam memerangi Covid-19.

Menerusi laporan sama, CGTN menyifatkan penampilan berprofil rendah dan bersahaja menjadi daya tarikan Dr. Noor Hisham,

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa mene­rima hadiah berupa pingat dan sijil penghargaan.

Hadiah kepada dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

kredit: utusanmalaysia.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...