Isnin, 3 Ogos 2020

Mitos jenis gemuk????

Seperti yang janjikan dalam post ini saya akan kongsikan mengenai Mitos Jenis Gemuk...betul ka???

Pernah tak dengar istilah gemuk air dan gemuk angin? Pasti ramai yang mengalami masalah berat badan 'dimomok' dengan gelaran-gelaran ini bukan?
 
Namun tahukah anda rupanya semua itu hanya mitos? Pakar pemakanan, Fizah Sobri tampil berkongsi fakta mengenai mitos ini tersebut menerusi satu posting di Facebooknya.
 
Berikut merupakan penjelasannya:
 
#1 Gemuk Air
 
Menurut Fizah, dalam badan 45-55 peratus adalah dari cecair iaitu darah, air dalam sel, air liur dan lain lain.
 
Namun ia bukan air kosong seperti yang kita minum seharian.
 
"Kalau anda minum air lebih, badan anda tidak akan menyerap air yang banyak tu tapi dikeluarkan melalui air kencing.
"Jika anda sakit buang pinggang baru anda akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan," katanya.
 
#2 Gemuk Angin
 
Menurut pakar pemakanan ini, apabila seseorang itu makan sesetengah jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut atau sendawa.
 
Namun, mustahil angin tersebut untuk memasuki celah kulit atau organ.
 
"Kalau ada dalam perut sekejap je. Sebab ada jenis jenis makanan terutama yang berubi dan kekacang menjadi probiotik atau keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih.
 
"Probiotik ini membawa kepada pengeluaran gas banyak. Kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit," katanya.
 
#3 Gemuk Toksin
 
Menurut Fizah, teori ini paling kreatif.
 
"Seperti biasa, badan adalah sempurna dan jika anda sihat, ia mampu keluarkan toksin sendiri.
 
"Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang tiptop. Tidak perlu nak amalkan detoxification, diet la, ubat bersihkan kerak usus la sebab semua badan pun sudah buat dengan lebih mantap," katanya.
 
"Jangan cakap anda gemuk toksin, mengarut! Itu ibarat anda doakan diri sendiri sakit, nak sakit ke?” ujarnya.
 
Menurutnya lagi, hanya ada satu saja jenis gemuk iaitu gemuk lemak!
 

Anda boleh lihat penjelasan penuh pakar pemakanan ini di bawah:


atau di sini


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...