Memaparkan catatan dengan label pelaburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelaburan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Julai 2020

Tiada Pelaburan Yang Sempurna

PELABURAN SEMPURNA TIDAK WUJUD  
  

Hakikatnya, dalam dunia pelaburan, istilah 'pelaburan sempurna' tidak wujud. Semua pelaburan mempunyai kebaikan serta keburukan masing-masing. Sebagai contoh; sesuatu pelaburan yang memberikan pulangan yang sederhana, biasanya berisiko lebih rendah berbanding dengan pelaburan yang memberikan pulangan tinggi. Pelaburan yang memberikan pulangan yang amat lumayan pula akan memerlukan masa dan daya usaha anda, dan pelaburan yang tidak memerlukan sebarang usaha akan memberikan pulangan yang kurang lumayan.  Merujuk kepada keadaan itu, anda perlu meneliti pilihan anda dan membuat pilihan yang paling sesuai untuk mencapai objektif anda.  

Salah satu perkara penting yang berhubungkait dengan pelaburan adalah faktor risiko. Sama seperti yang dikatakan mengenai 'pelaburan sempurna', 'pelaburan tanpa risiko' juga tidak wujud! Yang paling hampir sekali pun, merupakan Sekuriti Kerajaan Malaysia. Namun begitu, kita tidak boleh terlalu pasti!  

Di dalam dunia pelaburan, untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, anda perlu mengambil risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak mampu mengambil risiko, anda perlulah berpuas hati dengan pulangan rendah atau sederhana. Ini merupakan prinsip utama di dunia pelaburan. Untuk pengetahuan anda, bukan saya yang menetapkan prinsip ini. Ianya sudah diamalkan lama sebelum saya mula berjinak-jinak dengan dunia pelaburan ini!  

Sebagai contoh, akaun simpanan di bank adalah selamat dan risikonya sangat kecil (sekurang-kurangnya, bukan bank-bank di Malaysia). Malah, tiada satu bank pun yang mempunyai perkataan 'risiko' yang dikaitkan dengannya. Tetapi, disebabkan risikonya yang begitu rendah, pulangannya adalah serendah 2 atau 3 peratus setahun! Pulangan yang tidak mungkin akan dapat merealisasikan impian anda dalam masa terdekat ini.  

Bertentangan dengan itu, komoditi pula merupakan pelaburan berisiko tinggi, dan berpotensi memberikan pulangan yang lumayan. Walaupun pulangannya boleh menggunung, namun risikonya juga amatlah tinggi. Berapa tinggi? Lebih daripada 90 peratus pelabur individu kehilangan wang dalam bidang pelaburan ini. Maka sahabatku, risikonya adalah tinggi, tinggi dan tinggi!  

Seterusnya, pulangan daripada pelaburan 'lepas tangan' adalah terhad. Janganlah impikan bintang-bintang di langit atau berdiri sama tinggi dengan Bill Gates kerana anda telah melabur dalam saham, unit amanah, ataupun apa-apa jenis pelaburan lain.  Ingat bahawa; (1) orang lain yang menguruskan wang anda, dan (2) anda langsung tidak memberikan sebarang usaha kepada pelaburan ini. Sebagai contoh, pada saat anda membeli saham, tiada apa yang anda dapat lakukan untuk memastikan saham itu meningkat nilainya (selain daripada berdoa!). Lebih-lebih lagi, anda tidak menyumbang apa-apa – tenaga, usaha mahupun masa anda.  

Di dalam dunia nyata ini, pelaburan sebegini sentiasa ada harganya. Dan harga yang dimaksudkan daripada pelaburan 'lepas tangan' seperti ini adalah pulangan yang 'berpatutan', dan tidak setinggi yang diingini. Dalam kata lain, wang anda cuma boleh digandakan sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Sumber : - eZine Azizi Ali

Jumaat, 27 Julai 2012

HARI TERBAIK EMAS

HARI TERBAIK EMAS.

Gold futures surged higher on Wednesday amid rising speculation that policymakers in the U.S. and Europe will soon implement further monetary stimulus measures.
COMEX gold futures – per the August contract – settled higher by $31.90, or 2.0%, at $1,608.10 per ounce. In doing so, the most actively-traded gold futures contract posted its best day since June 29th and extended its year-to-date gain to 2.6%.
The yellow metal also received a strong endorsement from Eric Sprott, founder of Sprott Asset Management and one of the most prominent gold bulls. In an article published today by 0, Sprott forecasted that the price of gold “should go to new highs before year-end.”
While he did not provide a specific target at this time, for the better part of the past decade Sprott has been very bullish on precious metals. According to data compiled by Bloomberg, his Sprott Hedge Fund has returned approximately 391% since its inception in 2000.
As for gold stocks, Sprott stated that they will most likely “do well” once the price of gold resumes its uptrend, but acknowledged that the shares “can’t get a sustained recovery until gold has a sustained recovery.”
Sprott went on to say that the European sovereign debt crisis “should be incredible for gold” over the longer-term, and noted that the world may eventually return to the gold standard. ”Ultimately, if there’s a currency crisis, which one could argue we are in the throes of it right now, how do sovereigns and banks back things up,” he posited. ”What do you back it up with? I can imagine that the most logical thing is gold.”
sumber :- www.publicgold.com.my

Rabu, 25 Julai 2012

Sekadar Berkongsi

Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera,
Mungkin ada diantara anda semua yang masih menunggu waktu yang sesuai untuk membeli emas/perak dan memulakan pelaburan, cadangan saya mulakanlah belian anda sekarang kerana kedudukan harga emas/perak sekarang ini masih berada di paras yang rendah.
Membeli emas/perak harga yang rendah akan memberi peluang keuntungan yang bukan saja banyak, tetapi tempoh kenaikan juga lebih cepat, bermakna anda akan meraih keuntungannya dalam jangka masa yang lebih singkat untuk memaksimumkan keuntungan, pilih produk emas/perak yang kadar potongan harga belia semula (spread) yang paling rendah.
Kadar spread yang rendah adalah penting bagi seorang pelabur kerana ia menentukan untung bersih dari kenaikan harga emas/perak yang dibelinya.
Selaku syarikat jual beli emas /perak Pelaburan & Simpanan yang pertama di Malaysia, Public Gold engutamakan keuntungan maksimum dan kenaikan harga emas/perak dapat diaih oleh pelanggannya.
Mereka menawarkan kadar potongan harga belian semula produk (spread) serendah hanya 2% sahaja sekiranya pelanggan membuat melebihi RM 20,000 dalam satu belian, sekaligus ia melayakkan mereka menjadi dealer/ejen.
Jumlah belian minima untuk pengurangan spred maksima:-
min RM 20,000 @ Normal Dealer - Pengurangan spred 1.5 %
min RM 100,000 @ Priority Dealer Pengurangan spread 2%
Kadar pengurangan spread ini diperolehi dari jumlah komisyen yang dibayar oleh Public Gold setiap kali pelanggan membuat transaksi Belian/Jualan semula produk emas /perak yang dibeli.
Semoga ianya akan membantu anda menguatkan lagi keyakinan untuk memulakan pelaburan emas/perak anda hari ini juga!!
Tak Tau cara nak buat belia???Ini langkah-langkahnya....
Langkah2 membeli emas/perak:-
Lihat harga jualan & belian terkini di laman web http://www.publicgold.com.my
harga yang berada di kotak bertanda PG Sell adalah harga jualan oleh PG dan harga belian semulanya bertanda PG BUY.
Pilih jenis produk yang ingin dibeli, belian boleh dicampur emas @ perak asalkan jumlah keseluruhan melebihi RM 20,000.
Untuk membuat pesanan harga (price booking) beliau dengan lebih awal, sila hantarkan butiran maklumat yang mengandungi nama, no kad pengenalan, email, no hp, alamat, no. akaun (Maybank), lokasi cawangan pengambilan, jenis jumlah produk yang dipilih dan hantarkan ke 013.5034.213.
Dalam mas 24 jam pihak PG (public gold) akan menghubungi anda melalui email - hantar Dokumen Purchased Order.
Download & cetak doc tersebut, kemudia baru buat bayaran seperti yang tertera ke dalam akaun PG yang ada dinyatakan sekali.
Selepas itu bawa resit bayaran bank dan doc Purchased Order tersebut ke pejabat Public Gold dan ambil emas/perak anda.
Walaubagaimanapun, bukanlah satu kemestian untuk membeli sebanyak amaun tersebut jika tidak mampu, memadailah sekadar membeli dalam jumlah yang telah diperuntukan bagi tujuan pelaburan.
Sekian, terima kasih.
FAUZI DALI - pelabur emas/perak Public Gold (PG018340)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...