Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadhan

KEKAL CERDAS DAN SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Ramadhan kini menjelang tiba dan sementara anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, anda sudah pastinya juga ingin kekal cergas dan sihat sepanjang bulan mulia ini. Bulan kesembilan dalam kalender Islam ini dihabiskan secara berpuasa genap sebulan dari subuh hingga senja. Sudah tentunya anda akan lebih prihatin kepada tubuh badan anda agar anda kekal sihat dan bertenaga untuk melaksanakan aktiviti harian sepanjang Ramadhan. Namun ada juga yang mungkin menghadapi sedikit masalah kerana mereka tidak boleh lagi makan sekerap biasa. Oleh itu, untuk membantu anda mengharungi Ramadhan dengan lebih baik, kami telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian.


SIHAT BERSAHUR DENGAN DIET SEIMBANG
Sarapan merupakan hidangan paling penting biarpun semasa Ramadhan. Mengambil makanan kaya protien membolehkan anda tahan lebih lama berbanding dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat. Protien memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membolehkan anda menghalang rasa lapar untuk tempoh masa yang lebih panjang. Ia juga menghalang penurunan tenaga secara mendadak akibat tahap gula darah rendah sewaktu berpuasa. Jika boleh ambillah suplemen vitamin dan mineral untuk menyokong fungsi tubuh dan membekalkan badan anda dengan nutrisi penting semasa berpuasa. Anda boleh mengambil suplemen bersama makanan sewaktu bersahur supaya badan anda mendapat bekalan nutrien yang berterusan semasa berpuasa.

BERBUKALAH PUASA SECARA BETUL
Setelah berpuasa selama 13 jam atau lebih, sifat semulajadi ialah untuk duduk dan makan seberapa banyak yang boleh . Ini merupakan amalan yang kurang baik. Kawalan diri adalah penting dan perlu diaplikasikan sepanjang hari hinggalah waktu berbuka.
Berikut merupakan panduan mudah untuk seisi keluarga semasa Ramadhan:-
  • Berbuka dengan memakan buah kurma.
  • Minumlah air apabila anda berbuka untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Jangan makan terlalu banyak apabila anda berbuka puasa. Makan hanya seberapa banyak yang anda perlukan untuk menjadi kenyang.
  • Makan secara bersederhana. Ikuti peraturan satu pertiga; makan satu pertiga dan minum satu pertiga, dan lagi satu pertiga untuk nafas (ruang udara).
  • Elakkan memakan snek lewat malam. Memakan biskut atau kek lewat malam akan mengucar-ngacirkan paras gula darah. Malahan karbohidrat berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak badan.
  • Sekiranya anda ingin memakan snek, pilihlah sebahagian kecil daging tanpa lemak. Protien akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
  • Jangan memakan terlalu banyak makanan bergula atau goreng. Ingatlah bahawa makanan ini mengandungi kalori dan terlalu banyak kalori akan disimpan sebagai lemak.
Diharapkan maklumat diatas dapat membantu anda dalam menjaga kesihatan di bulan Ramadhan.
Selain itu Avon juga menyediakan pelbagai produk makanan tambahan / suplemen.

Anda boleh klik link di bawah....ebroucher bagi kempen 1-15 Julai 2013.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...