Isnin, 24 Jun 2013

Elak Penyakit Akibat Jerebu

Tahukah anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?
Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kemarau dan kejadian jerebu hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian. bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk. sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada tahun 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara. Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI). Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.
 



Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan dimana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemaran udara semasa jerebu termasuk:-

bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

Apakah indeks pencemaran udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
nilai IPU - ststud kualiti udara, diskripsi
0 hingga 50 = baik
51 hingga 100 = sederhana
101 hingga 200 = tidak sihat
201 hingga 300 = sangat tidak sihat
lebih 300 = sangat bahaya.


Kesan kesihatan termasuk:-
kesukaran untuk bernafas, serangan jantung, gatal-gatal pada tekak, kulit dan mata, jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan.


Langkah Penjagaan:-
Penutup hidung (nasal mask) mesti digunakan jika indeks pencemar udara (IPU) melebihi 200.
Bagaimanapun bagi mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit lelah, jantung dan paru-paru serta warga emas dan kanak-kanak adalah dinasihatkan memakai penutup hidung walaupun IPU lebih rendah daripada itu.
Orang ramai juga dinasihatkan minum air yang banyak, basuh bahagian tubuh terdedah kepada jerebu dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
Perokok juga dinasihatkan tidak merokok apabila keadaan udara berada pada tahap tidak sihat iaitu IPU melebihi 100.

Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...