Ahad, 16 Ogos 2020

Golongan mana tidur paling nyenyak dan berkualiti?


MEMANG beruntung jika kita dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di mana wang bukan menjadi satu masalah!

Bukan itu sahaja, malahan laporan terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat melaporkan individu yang kaya memiliki kualiti tidur lebih nyenyak dan berkualiti.

Ia berdasarkan tinjauan terhadap 140,000 responden di antara tahun 2011 hingga 2014 yang mendapati semakin banyak wang dihasilkan, semakin besar kemungkinan seseorang itu dapat berehat dengan tenang.

Kajian itu bagaimanapun tidak menganalisa alasan mengapa orang kaya tidur lebih nyenyak berbanding golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, mengulas mengenai kajian tersebut, Dr. Neil Kline dari Persatuan Tidur Amerika menjelaskan, terdapat beberapa sebab 'orang kaya' tidurnya lebih nyenyak.

"Golongan berada mempunyai kelebihan untuk membeli rumah yang terletak di lokasi lebih tenang, lebih banyak ruang dan kurang padat membuatkan mereka lebih mudah tidur dalam keadaan selesa," katanya.


Selain itu, Neil menjelaskan orang kaya memiliki akses kesihatan yang lebih baik berbanding golongan bawahan sehingga mampu tidur lebih baik.

Menurutnya, kurang tidur dapat mengakibatkan kesihatan seseorang terjejas. Tidur atau istirehat merupakan salah satu kunci kesihatan selain mengambil pemakanan bergizi dan senaman.

Kurang tidur juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes, penyakit jantung dan masalah kesihatan mental.


Neil memberitahu, tidak kira sama ada seseorang itu kaya atau miskin, adalah sangat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup selain bersenam dan menghindari tidur siang.


kredit : mstar.com.my

Berdengkur...Kenali 3 gejala berdengkur yang berbahaya.

BERDENGKUR ketika tidur biasanya merupakan tanda tubuh kita terlalu letih selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti berat.


Bagaimanapun, berdengkur juga boleh menjadi kayu ukur tahap kesihatan seseorang terutama Yang berkaitan sistem pernafasan seperti masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA adalah situasi di mana nafas seseorang terhenti sekitar 10 hingga 45 saat ketika tidur.


Benar, salah satu gelaja OSA adalah berdengkur kuat secara berterusan ketika tidur selain termengah-mengah seperti sesak nafas.

kredit : Freepik

Situasi itu berlaku disebabkan udara yang masuk ke saluran pernafasan terhalang. Tubuh kita biasanya akan memberi respon dengan batuk yang menyebabkan kita akan terjaga daripada tidur.


Sebaik-baiknya situasi itu tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku kerana ia boleh menyebabkan kematian.


Oleh itu, sangat penting untuk memahami dengkur kita itu membahayakan atau pun tidak.


1. Tak sedar berdengkur, terbatuk-batuk


Terdapat dua situasi berdengkur yang perlu diberi perhatian. Pertama, jika sedang tidur nyenyak, tiba-tiba terbangun dan anda terbatuk-batuk tanpa henti. Keadaan itu menunjukkan pernafasan anda mengalami masalah tersumbat.


Kedua, kita biasanya boleh menyedari diri kita berdengkur namun apabila kita sudah tidak perasan dan diberitahu oleh orang lain, situasi itu juga perlu diberi perhatian.


2. Mulut berasa kering

Bagi yang tidur seorang diri, terdapat cara lain untuk mengenal pasti sama ada dengkur anda bermasalah atau pun tidak.


Jika anda bangun pagi dan merasakan mulut anda sangat kering dan ingin minum air, ia petanda anda berdengkur tanpa henti ketika tidur.


Mulut kering kerana kita bernafas menerusi mulut. Ketika mulut terbuka, hidung akan tersumbat dan lidah pula akan turun ke belakang.


3. Lesu walaupun cukup tidur


Tanda lain yang dapat dikenal pasti adalah rasa mengantuk, konsentrasi terganggu walaupun mendapat tidur yang cukup.


Simptom-simptom ini juga menunjukkan kita mengalami masalah berdengkur yang berada pada tahap teruk.


Situasi itu berlaku apabila tubuh kita berasa lemah disebabkan oksigen yang memasuki ke otak ketika tidur tidak mencukupi akibat berdengkur.


kredit : mstar.my


Jumaat, 14 Ogos 2020

Cukup susah nak mimum air putih?

Ikuti saranan ini...


ADA di antara kita yang cukup susah nak telan air kosong kerana ia tidak mempunyai rasa berbanding air sirap atau teh o ais limau.

Cuba tanya pada diri sendiri, berapa gelas air kosong yang anda minum setiap hari? Jika kurang daripada lapan gelas tetapi 10 gelas teh tarik, maka anda perlu ubah tabiat tersebut.

Sudah tiba masanya anda membiasakan diri minum air lebih banyak mulai hari ini.

Berikut ada beberapa cara dan helah untuk minum air putih tanpa membayangkan sirap ais!


1. Beri rasa pada air kosong


Beri rasa di sini bukan bermaksud meletakkan 10 sudu gula, sebaliknya letak buah seperti lemon, pudina atau oren sebagai perasa asli. Dengan cara ini, ia bukan sahaja boleh bertindak sebagai detox tetapi membuatkan anda lebih berselera meneguk air putih.

2. Guna penyedut minuman

Penyedut minuman adalah salah satu kaedah termudah untuk menipu diri sendiri agar minum lebih banyak air putih. Percaya atau tidak, kita tidak akan sedar berapa banyak air telah diminum jika menggunakan penyedut minuman. Cubalah!

3. Beli botol sendiri


Beli botol air dengan corak yang menarik kesukaan anda dan paling penting cari saiz yang mudah anda bawa ke mana-mana dan membuat isian semula.

4. Tetapkan waktu minum

Sebagai langkah disiplin, tetapkan penggera pada telefon anda pada setiap setengah jam bagi mengingatkan anda untuk minum air selain tentukan jumlah yang perlu diminum pada setiap tempoh itu. Mudah bukan?


5. Letak botol air di tepi katil

Helah meletakkan botol air ditepi katil adalah sebagai mengingatkan kita untuk minum segelas air saat bangun atau sebelum tidur. Minum air selepas bangun juga sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh.


kredit :- mstar.com.my

Khamis, 13 Ogos 2020

Cukup susah nak minum air putih!

5 minuman ini boleh jadi pengganti.


TUBUH badan kita memerlukan air yang cukup agar organ dapat berfungsi dengan baik. 

Jika kekurangan cecair dalam badan ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Bahaya dehidrasi ini ia boleh menyebabkan beberapa masalah seperti keletihan, sembelit dan kurang konsentrasi ketika melakukan sesuatu kerja atau aktiviti.

Keperluan air setiap hari mungkin berbeza bagi setiap orang - bergantung kepada berat badan, aktiviti fizikal dan fungsi usus, namun secara umumnya, kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari.

Cuma masalahnya sekarang, ramai yang cukup susah minum air putih kerana rasanya yang hambar sebaliknya lebih gemar memilih air berperisa, kafein dan bergula.



Sebenarnya terdapat beberapa jenis air, selain air putih yang dapat membantu mengelakkan dehidrasi pada tubuh termasuklah;

1. Sparkling water

Air soda sparkling ini bukan selalunya buruk buat anda. Pilih sahaja sparkling water yang tidak mengandungi gula. 

Bagi menambahkan rasa, anda boleh perah lemon atau limau kasturi.

Minuman ini bukan sahaja memberikan hidrasi tetapi sensasi geletek pada lidah tanpa perlu khuatir tentang kandungan kalori. 

Paling best, anda juga dapat menambah vitamin C daripada lemon atau limau kasturi.

2. Teh herba

Kalau susah nak telan air putih, anda juga boleh cuba teh herba yang mempunyai pelbagai perasa dan aroma - membuatkan rasanya tidak hambar.

Ia juga dapat memberi manfaat tambahan kepada kesihatan anda, tapi jangan pula campur dengan gula!


3. Air kayu manis

Kayu manis merupakan salah satu jenis rempah yang sering digunakan dalam masakan. 

Ia juga sebenarnya boleh digunakan sebagai campuran dalam minuman.

Caranya cukup mudah, masukkan dua batang kayu manis ke dalam air yang panas dan sedia diminum selepas ia sejuk.

4. Teh hijau

Ganti teh o ais dengan teh hijau. Bukan sahaja ia menyegarkan, teh hijau juga memberikan manfaat sebagai antioksidan.

Tidak hanya antioksidan, ia juga mempunyai katefin yang berfungsi mencegah radikal bebas dalam tubuh badan manusia.


5. Infused water

Ini kaedah paling mudah dan popular! Campurkan apa sahaja potongan buah-buahan atau sayur-sayuran dalam air putih anda seperti epal, oren, strawberi atau beri biru.

Simpan air campuran itu dalam peti sejuk. 

Infused water boleh dinikmati keesokan harinya dengan rasa semula jadi yang memberi kebaikan kepada badan.


kredit :- mstar.com.my

Rabu, 12 Ogos 2020

Khasiat kacang bendi yang anda tidak tahu...

TAK lengkap rasanya kalau memasak kari tanpa sayuran seperti terung, tomato dan kacang bendi bagi menambah rasa dan 'kemeriahan' juadah tersebut.

Okra or Okro Abelmoschus esculentus, known in many English-speaking countries as ladies' fingers or ochro, is a flowering plant in the mallow family.

Bagaimanapun tahukah anda, kacang bendi mempunyai pelbagai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan kita.

Ya, ia mengandungi vitamin A dan antioksidan seperti betakaroten, xanthin dan lutein, malah ia salah satu sayuran dengan kandungan antioksidan tinggi.

Kajian juga mendapati kacang bendi kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi tubuh daripada kanser paru-paru dan mulut.

Selain itu, kandungan eugenol yang terdapat padanya juga dapat membantu melawan penyakit diabetes.


Serat pada kacang bendi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan cara menunda penyerapan gula daripada usus.

menu bendi goreng

Berikut adalah beberapa manfaat kacang bendi kepada tubuh manusia.

1. Tingkatkan kesihatan jantung

Hasil penelitian juga menunjukkan, kacang bendi dapat membantu menurunkan kemungkinan penyakit kardiovaskular. Serat yang terdapat pada sayuran itu juga dapat mengurangkan kolestrol.

2. Membunuh sel kanser payudara

Satu daripada lapan wanita disahkan menghidap kanser payudara. Namun penelitian mengatakan, lektin yang terkandung dalam kacang bendi dapat membunuh sel kanser tersebut.

Kajian juga menunjukkan amalan memakan sayuran ini dapat mengurangkan risiko kanser tersebut sebanyak 63 peratus.

3. Cegah penyakit hati

Hati adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia. Dengan bantuan vitamin K, ia akan menghasilkan protein yang penting dalam pembekuan darah.

Sayuran ini juga dapat membantu memecahkan sel darah tua atau sudah rosak selain memastikan hati terlindung daripada penyakit.

4. Tingkatkan penglihatan

Kajian menunjukkan vitamin A dan beta-karoten yang ditemui dalam bendi yang juga dikenali sebagai okra adalah nutrisi penting untuk menjaga penglihatan yang baik.

Selain itu, ia dapat mencegah penyakit berkaitan mata seperti katarak dan masalah penglihatan akibat faktor usia.


5. Sumber kalsium

Kacang bendi terbukti dapat memberikan banyak kalsium dan magnesium pada tubuh badan manusia.

kredit :- mstar.com.my

Selasa, 11 Ogos 2020

Perhatian kepada lelaki yang single...

Ketahui 6 tip menambat hati si jelita.


RAMAI lelaki yang kurang keyakinan diri untuk mendekati wanita pujaannya kerana takut ditolak dan sanggup 'single forever'.


Padahal sebenarnya bukan susah sangat nak menambat hati orang yang kita sukai. Malah kajian telah membuktikan ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memikat seseorang dan peratusan berjaya juga tinggi!

Berikut adalah enam perkara tentang lelaki yang dapat menambat hati seorang wanita.



1. Wajah yang tampan... Mungkin tidak!


Tidak dinafikan wajah yang kacak adalah bonus dalam menarik perhatian wanita. Meskipun daya tarikan fizikal memainkan peranan tetapi ia bukanlah perkara utama.


Sebaliknya kajian membuktikan wanita lebih suka dengan lelaki yang berkeyakinan tinggi dan melihat aspek lain dalam diri seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup.


2. Kelakar


Kajian juga membuktikan wanita tertarik dengan lelaki yang mampu membuatkan mereka ketawa. Dalam kata lain, sikap humor itu antara ciri yang dicari mereka.


Ini kerana sikap humor itu juga dapat menceritakan pelbagai perkara lain tentang seorang lelaki termasuk tahap kepintarannya, kreativiti dan keluarganya.


3. Pencinta haiwan


Selain kelakar, wanita juga menyukai lelaki yang menyayangi binatang. Kajian menunjukkan, lelaki yang mempunyai haiwan peliharaan mencerminkan interaksi sosial yang baik di antara manusia.


Eksperimen lain juga mendapati, lelaki yang memiliki haiwan peliharaan dapat meningkatkan daya tarikan dalam jangka panjang serta menunjukkan kemampuan mereka menjaga dan menyayangi.


4. Berani ambil risiko


Kajian membuktikan wanita menyukai lelaki yang sukakan cabaran dan mengambil risiko sebagai pasangan. Ini termasuklah yang gemarkan aktiviti lasak yang membuatkan mereka tampak menawan di hati seorang perempuan.


5. Sikap altruisme


Altruisme atau sikap ambil peduli tentang orang lain juga kualiti yang cukup disenangi oleh wanita malah kajian turut mendapati ciri ini antara yang paling dititikberatkan sebelum membuat pilihan.


6. Gemar warna merah


Jika sebelum ini, jarang memakai baju berwarna merah - mungkin selepas ini anda boleh berbuat demikian kerana ia dapat menarik perhatian wanita.


Kajian mendapati lelaki yang memakai baju berwarna merah lebih tampan dan menarik serta melambangkan status tinggi.

kredit : mstar.com.my



APAKAH ITU EXCHANGE?

Sepertimana pengguna menjual beli saham di bursa saham, exchange ialah laman web di mana pengguna boleh menjual beli Bitcoin dan Altcoin.

Contoh exchange ialah Luno, Binance, Coinbase, LocalBitcoins, Kraken dan BitPanda. 

Ambil perhatian yang hanya beberapa exchange sahaja yang beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia (contoh: CoinBase dan LocalBitcoins). 

Kebanyakan exchange beroperasi hanya di beberapa negara tertentu sahaja (contoh: Luno yang beroperasi di Afrika Selatan, Singapore, Indonesia dan Malaysia sahaja).

Untuk bertransaksi di exchange tertentu, pengguna perlulah mendaftarkan diri dengan exchange tersebut dahulu. 

Selalunya mereka akan bermula dengan proses pengesahan identiti. 

Apabila proses pengesahan itu berjaya, barulah akaun dibuka untuk pengguna. 

Mereka kemudiannya perlu memindahkan dana ke dalam akaun ini sebelum mereka dapat membeli coin. 

Ada juga exchange (contohnya Luno) yang mengehadkan jumlah transaksi bergantung kepada tahap pengesahan diri pengguna. Lebih banyak maklumat yang diberikan oleh pengguna, lebih tinggilah jumlah coin yang mereka dapat berjual beli.

Cara untuk mendeposit dana ke dalam exchange mungkin berbeza mengikut exchange yang berbeza. 

Cara tersebut termasuklah pindahan atas talian, direct bank-in, draf bank, kad kredit, kad debit dan wire transfer.  

Pengguna yang ingin mengeluarkan wang dari akaunnya pula boleh menggunakan opsyen yang disediakan oleh exchange seperti pindahan atas talian, PayPal, direct bank-in, cek atau kad kredit.

Sudah tentu pihak exchange tidak membuat semua kerja ini dengan percuma! Mereka juga mendapat habuan mereka. 

Habuan yang pertama adalah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna setiap kali mereka membuat transaksi membeli dan menjual coin. 

Habuan yang kedua adalah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna untuk mendeposit dan mengeluarkan wang dari akaun mereka. 

Selain fi transaksi dan yuran pemindahan dana, pengguna juga boleh dikenakan fi penukaran mata wang. Jumlah semua fi ini bergantung kepada polisi exchange berkenaan.

maklumat lanjut boleh klik link ini...

Kenapa perlu baca eBook ini??

1. eBook ini adalah buku terkini Azizi Ali, penulis, penceramah dan coach tentang kewangan #1 di Malaysia. (Jualan buku-buku fizikal Azizi telah melebihi 500,000 buah!)

2. Kandungan eBook ini adalah tentang Altcoin (Ethereum, Ripple, Binance, dsb.), topik yang panas dan terkini.

3. eBook ini adalah buku yang pertama dalam BM tentang Altcoin. So, it is the one and only reference guidebook dalam BM tentang Altcoin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...