Jumaat, 14 Ogos 2020

Cukup susah nak mimum air putih?

Ikuti saranan ini...


ADA di antara kita yang cukup susah nak telan air kosong kerana ia tidak mempunyai rasa berbanding air sirap atau teh o ais limau.

Cuba tanya pada diri sendiri, berapa gelas air kosong yang anda minum setiap hari? Jika kurang daripada lapan gelas tetapi 10 gelas teh tarik, maka anda perlu ubah tabiat tersebut.

Sudah tiba masanya anda membiasakan diri minum air lebih banyak mulai hari ini.

Berikut ada beberapa cara dan helah untuk minum air putih tanpa membayangkan sirap ais!


1. Beri rasa pada air kosong


Beri rasa di sini bukan bermaksud meletakkan 10 sudu gula, sebaliknya letak buah seperti lemon, pudina atau oren sebagai perasa asli. Dengan cara ini, ia bukan sahaja boleh bertindak sebagai detox tetapi membuatkan anda lebih berselera meneguk air putih.

2. Guna penyedut minuman

Penyedut minuman adalah salah satu kaedah termudah untuk menipu diri sendiri agar minum lebih banyak air putih. Percaya atau tidak, kita tidak akan sedar berapa banyak air telah diminum jika menggunakan penyedut minuman. Cubalah!

3. Beli botol sendiri


Beli botol air dengan corak yang menarik kesukaan anda dan paling penting cari saiz yang mudah anda bawa ke mana-mana dan membuat isian semula.

4. Tetapkan waktu minum

Sebagai langkah disiplin, tetapkan penggera pada telefon anda pada setiap setengah jam bagi mengingatkan anda untuk minum air selain tentukan jumlah yang perlu diminum pada setiap tempoh itu. Mudah bukan?


5. Letak botol air di tepi katil

Helah meletakkan botol air ditepi katil adalah sebagai mengingatkan kita untuk minum segelas air saat bangun atau sebelum tidur. Minum air selepas bangun juga sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh.


kredit :- mstar.com.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...