Isnin, 3 Ogos 2020

Mitos jenis gemuk????

Seperti yang janjikan dalam post ini saya akan kongsikan mengenai Mitos Jenis Gemuk...betul ka???

Pernah tak dengar istilah gemuk air dan gemuk angin? Pasti ramai yang mengalami masalah berat badan 'dimomok' dengan gelaran-gelaran ini bukan?
 
Namun tahukah anda rupanya semua itu hanya mitos? Pakar pemakanan, Fizah Sobri tampil berkongsi fakta mengenai mitos ini tersebut menerusi satu posting di Facebooknya.
 
Berikut merupakan penjelasannya:
 
#1 Gemuk Air
 
Menurut Fizah, dalam badan 45-55 peratus adalah dari cecair iaitu darah, air dalam sel, air liur dan lain lain.
 
Namun ia bukan air kosong seperti yang kita minum seharian.
 
"Kalau anda minum air lebih, badan anda tidak akan menyerap air yang banyak tu tapi dikeluarkan melalui air kencing.
"Jika anda sakit buang pinggang baru anda akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan," katanya.
 
#2 Gemuk Angin
 
Menurut pakar pemakanan ini, apabila seseorang itu makan sesetengah jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut atau sendawa.
 
Namun, mustahil angin tersebut untuk memasuki celah kulit atau organ.
 
"Kalau ada dalam perut sekejap je. Sebab ada jenis jenis makanan terutama yang berubi dan kekacang menjadi probiotik atau keadaan bakteria baik dalam perut aktif lebih.
 
"Probiotik ini membawa kepada pengeluaran gas banyak. Kita ni bukannya katak boleh serap angin dekat kulit," katanya.
 
#3 Gemuk Toksin
 
Menurut Fizah, teori ini paling kreatif.
 
"Seperti biasa, badan adalah sempurna dan jika anda sihat, ia mampu keluarkan toksin sendiri.
 
"Organ buah pinggang, hati, usus semua sistem perkumuhan yang tiptop. Tidak perlu nak amalkan detoxification, diet la, ubat bersihkan kerak usus la sebab semua badan pun sudah buat dengan lebih mantap," katanya.
 
"Jangan cakap anda gemuk toksin, mengarut! Itu ibarat anda doakan diri sendiri sakit, nak sakit ke?” ujarnya.
 
Menurutnya lagi, hanya ada satu saja jenis gemuk iaitu gemuk lemak!
 

Anda boleh lihat penjelasan penuh pakar pemakanan ini di bawah:


atau di sini


Ahad, 2 Ogos 2020

Min Kaffe


Min kaffe ini kopi pracampuran...macam 3 in 1...tapi banyak khasiat yang terkandung dalamnya...ada yang dapat kurangkan berat badan dengan minum dengan kopi ini...pengalaman sendiri minium kopi min kaffe ini selama hampir dua tahun secara konsisten sehari sepaket bersama 2 pil garlic dapat saiz pinggan dari 40 cm ke 36 cm.

Ada yang minum dalam 2 bulan dah nampak kesannya. Apa-apa pun ia bergantung tahap fisiologi badan seseorang itu. Semua orang tak sama kesannya. Ada yang buat dialisis (cuci buah pinggang) minum untuk dapat tenaga lepas cuci pinggang. 

Jenis badan gempal ini ada pelbagai jenis...jenis gempal air, gempal angin, gempal lemak dan gempal daging.

1- Jenis Gempal Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggeleber dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gempal air. Orang yang gempal air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gempal Angin

Gempal angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut. Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3- Jenis Gempal Lemak

Gempal lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gempal lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gempal lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

4- Jenis Gempal Daging

Kategori gempal daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gempal lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.

Itu antara beberapa jenis gempal..

Sebenarnya jika minum min kaffe ini banyak manfaat lain kita akan perolehi, bukan setakat nak kurus saja.

Sesuai untuk :-
  • Magrain
  • gastrik
  • sembelit
  • lesu
  • sakit sendi
  • darah tinggi


Dah tahu jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. 

Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. 

Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!

Ada yang kata jenis gempal atau gemuk ini mitos....gemuk ada satu jenis sahaja....nanti saya kongsikan pula kenyataan tersebut pada post (hantaran) akan datang.

Yang penting badan kita perlu sihat dan mempunyai daya tahan badan yang tinggi...

Kita kena jaga kesihatan diri kita, keluarga dan komuniti kita...patuhi SOP yang telah ditetapkan.

#end#

Sabtu, 1 Ogos 2020

Kadar Kesuburan Negeri-Negeri di Malaysia

Gambar hiasan :- Hospital di Thailand

P.Pinang rekod kadar kesuburan paling rendah di Malaysia, diikuti 3 lagi negeri

Pulau Pinang menjadi negeri yang merekodkan kadar kesuburan paling rendah di Malaysia, dengan 1.3 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun pada 2018.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, selain Pulau Pinang, tiga lagi negeri yang mencatatkan kadar kesuburan terendah di bawah paras penggantian 2.1 anak, ialah Sabah (1.4 anak), Kuala Lumpur (1.5 anak) dan Sarawak (1.6 anak).

"Secara puratanya jumlah kelahiran di Pulau Pinang ialah 60,000 kelahiran setahun. Kadar ini menunjukkan satu keseriusan kerana kita berada di bawah paras normal 2.1 anak, ” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan 2020 peringkat Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di Georgetown pada Rabu.

Situasi ini jelasnya, akan menyaksikan warga produktif semasa perlu menanggung warga tua untuk jangka masa yang panjang, berikutan kekurangan generasi pelapis untuk berkongsi tanggungjawab tersebut.

Beliau juga berkata secara keseluruhan, kadar kesuburan di Malaysia menurun pada 2018 iaitu daripada 1.9 anak bagi perempuan berumur 15 hingga 49 tahun pada 2017, kepada 1.8 anak.

Penurunan kadar kesuburan itu juga menyumbang kepada kebergantungan negara pada sumber tenaga kerja asing, ujarnya.

"Kelahiran ini bergantung juga kepada perkahwinan. Kalau perkahwinan pada usia lanjut biasanya tahap kesuburan semakin berkurangan. Di negeri-negeri maju ini penduduknya lebih fokus kepada karier, pelajaran dan sebagainya... tahap perkahwinan itu semakin lewat. Jadi, kadar kelahiran itu semakin berkurangan. Empat negeri ini antara negeri yang menua," katanya.

Menurutnya, Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kesuburan tertinggi pada 2018 dengan masing-masing merekodkan 3.0 dan 3.1 anak. 

kredit: mstar.com.my dan BERNAMA.


Jumaat, 31 Julai 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Patuhi SOP Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban.

sumber : MKN

Khamis, 30 Julai 2020

AMALAN SUNAT UNTUK DIAMALKAN DI PAGI HARI RAYA AIDIL ADHA..

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidul Adha....Maaf Zahir Dan Batin.
Pada waktu pagi hari raya Aidul Adha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:
1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5. Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.
TAKBIR
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.
IBADAH KORBAN
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HIKMAH AIDIL ADHA
1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
2 Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
WALLAHU A'LAM...SEMOGA DAPAT DIMANAFAATKAN.

SOP kembali ketat! Ibadah korban, ziarah Aidiladha dan individu kuarantin dalam pemerhatian polis



SUNGGUHPUN kerajaan memberi kelonggaran untuk meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang beberapa hari lagi, namun orang ramai masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, bagi jamuan di rumah, tetamu dihadkan dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada petang Isnin (27.7.2020)

Menghuraikan lebih lanjut SOP sewaktu Hari Raya Aidiladha, Ismail Sabri juga menegaskan bahawa individu yang masih di dalam tempoh kuarantin dilarang untuk keluar dari kediaman masing-masing.


"Individu-individu yang masih dalam proses home quarantine dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah apatah lagi untuk pulang ke kampung ataupun menunaikan solat sunat Aidiladha malah tidak boleh untuk menerima tetamu.

"Jika individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya lagi sambil menambah, SOP tersebut terpakai untuk Wilayah Persekutuan dan boleh digunapakai oleh Majlis Agama Negeri-Negeri sebagai rujukan.

Sementara itu menghuraikan mengenai ibadah korban pula, Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan turut menyemak semula SOP setelah mengambil kira risiko penularan semula jangkitan Covid-19.

"Kerajaan telah memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang telah dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

"Kerajaan walaubagaimanapun menggalakan agar ibadah korban dilakukan di rumah penyembelihan. Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan," katanya.

Menurut Ismail Sabri, waktu ibadah korban di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidiladha, selepas solat sunat Aidiladha dan tiga hari tasyrik.

kredit :- mstar.com.my


Rabu, 29 Julai 2020

Pelitup muka...pereka Belgium hasilkan pelitup muka gaya mewah.



BAYANGKAN, ambil pelitup muka, dihias permata atau cantumkan ia pada skaf leher panjang. Apa yang anda dapat?

Tentu sekali sesuatu berkaitan pandemik bukan? Yang pasti ianya fesyen mewah yang kosnya antara 75 ke 160 euros (RM372 ke RM795).

Seiring norma baharu ketika ini di mana mask adalah sebahagian kegunaan harian bagi menghalang penularan Covid-19, pereka Belgium tampil dengan gaya aksesori chic apabila mengubahsuai pelitup muka perubatan.


Berpangkalan di Brussels, penata gaya Aude De Wolf menghasilkan skaf mask yang menggunakan fabrik seperti linen, cashmere dan beberapa material berkualiti tinggi bagi menggabungkan pelitup muka itu dengan shawl mewah.

"Ia inspirasi daripada ibu sya kerana dia tidak sukakan lehernya terdedah," kata De Wolf yang sehingga kita telah menjahit kira-kira 1,500 mask untuk hospital katanya kepada Reuters ketika ditemui di bengkal jahitannya.

Pelitup muka itu boleh dibuka atau pakai semula dengan mudah, malah perekanya menganggap ia satu produk mewah.

Lain pula halnya bagi pereka aksesori dan busana, Olivia Hainaut apabila menggunakan kemahirannya untuk menghasilkan mask yang dihiasi labuci, permata dan bunga-bungaan kain sutera.

Gaya yang ditampilkan Hainaut ini juga dijual bermula RM372, bergantung kepada hasil kerjanya serta bahan yang digunakan.

"Ianya bukan pelitup muka untuk dipakai setiap hari, mungkin lebih sesuai digayakan pada majlis keraian atau perkahwinan.

"Idea ini tercetus suasana gembira kepada sesuatu yang begitu menyedihkan," katanya merujuk kepada pandemik Covid-19.- thejakartapost


kredit :- mstar.com.my, thejakartapost.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...