Selasa, 28 Julai 2020

Suka bantal busuk!!!...Bahayaoooo



MEMILIKI bantal busuk bukanlah perkara pelik, kerana rata-rata kanak-kanak memilikinya, namun jangan juga terkejut memandangkan orang dewasa juga tidak boleh meninggalkan 'khazanah' istimewa itu.

Tidak kira besar atau kecil saiz bantal itu, hakikatnya ia tidak pernah dicuci dan semakin lama, 'aromanya' itu membuatkan anda bertambah sayang.

Tetapi awas, ada perkara yang perlu anda tahu mengenai bantal kesayangan ini.

Menurut kajian, purata manusia menghabiskan waktu di atas katil adalah sekitar 36 tahun seumur hidup. Jadi jangan terkejut jika melihat orang dewasa termasuk lelaki atau wanita yang masih menghidu bantal busuk ini.

Tahukah anda bantal busuk itu kemungkinan mempunyai miroorganisma yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kita.


1. Alahan

Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik serta kerap.

Kesannya, ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta gangguan pernafasan.


2. Gangguan tidur

Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif – pernafasan terhenti ketika sedang tidur.

3. Penyakit akut

Kulat bernama Aspergillus fumigatus akan menyebabkan kondisi Aspergillosis yang boleh mengundang maut jika terkena pada penderita leukemia dan HIV/AIDS.

4. Mengakibatkan jangkitan

Bakteria bernama Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan Staph yang mungkin agak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, bakteria Bacteroides pula boleh menyebabkan jangkitan radang paru-paru dan apendiks.

Tidak lupa juga bakteria bernama fusobacteriaceae dan neisseriaceae yang akan menjejaskan imuniti kepada penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea.

5. Menimbulkan masalah kulit

Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk tertinggal di situ.

Akibatnya, ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Sekiranya anda kerap keluar rumah, partikel debu dan habuk memang mudah melekat pada badan lebih-lebih lagi dengan pemakaian losyen atau kosmetik.

6. Peluh

Peluh manusia mungkin boleh mengakibatkan penyakit dan jangkitan seperti Staph dan Strep – merebak melalui liang pori kulit badan kita.

Jika tidur bersama pasangan atau individu lain, risiko dijangkiti adalah lebih tinggi.

Risiko

Kelengkapan tidur ini berisiko mengakibatkan maut yang mengejut khususnya buat golongan kanak-kanak.

Ia adalah disebabkan oleh kondisi bernama Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) yang boleh berlaku akibat bahagian muka tertindih atau terhempap dengan bantal.

Ini sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu untuk bernafas apatah lagi untuk meminta tolong kerana mereka mungkin sedang tidur atau masih kecil untuk bersuara.

kredit : mystar.com.my

Isnin, 27 Julai 2020

Anda kategori mana....mandi sekejap atau lama?

Tempoh ideal mandi di antara lima hingga 10 minit.

KEKERAPAN mandi sangat subjektif dan terpulang kepada individu itu sendiri.

Bagi yang berkerja di luar pejabat dan banyak berpeluh, sudah tentu kekerapan mandi lebih sekali sehari. Hakikatnya membersihkan diri amat penting bagi menjaga kebersihan.

Namun tahukah anda tempoh mandi turut menpengaruhi keadaan kulit.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), secara puratanya, individu mandi selama lapan minit setiap sesi.

Perkara ini turut disokong oleh pakar dermatologi seperti Dr Edidiong Kaminska yang menyarankan masa mandi di antara lima hingga 10 minit.

Jika kurang daripada tempoh masa tersebut, proses pembersihan kulit dan hidrasi tidak boleh dibuat secara optimum. Seperti badan kita, kulit juga memerlukan air.

Kesihatan terjejas

Namun, ia tidak bermakna anda perlu mandi lama memandangkan perbuatan itu boleh menyebabkan kesihatan kulit anda terjejas.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, penggunaan air suam amat digalakkan.

Mereka juga perlu mengekalkan masa mandi sependek mungkin (dalam lingkungan saranan).

Walaupun mandi lama boleh memberikan ketenangan, ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi kulit terutamanya jika anda menggunakan air panas.

Ini sudah bercanggah dengan sebab kenapa anda perlu mandi iaitu untuk membersih dan menghidrasikan kulit.

Seperti yang anda sedia maklum, jika anda mandi terlalu lama, anda bakal berhadapan dengan masalah lembapan kulit.

Namun begitu, tempoh masa mandi yang pendek juga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Oleh kerana tujuan utama mandi adalah untuk membersihkan kulit, proses pembersihan tidak boleh dibuat secukupnya jika tempoh masa mandi anda terlalu pendek.

Kulit kita mempunyai bakteria baik yang melindungi kulit daripada jangkitan oleh bakteria lain.

Bagaimanapun, jika pertumbuhan bakteria baik berlaku secara berleluasa, ia boleh menyebabkan masalah jangkitan dan bau badan.


Kekerapan mandi

Faktor kekerapan mandi biasanya bergantung kepada persekitaran.

Sebagai contoh, mereka yang tinggal di kawasan sejuk mungkin hanya mandi sekali sehari atau sekali dalam masa dua hari.

Akademi Dermatologi Amerika (AAD) turut menekankan bahawa kebanyakan individu tidak perlu mandi lebih daripada sekali sehari.

Namun, setiap individu mempunyai keperluan tersendiri berdasarkan kepada aktiviti harian.

Sebagai contoh, mereka yang bersukan atau terlibat dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh perlu mandi bersesuaian dengan aktiviti tersebut.

kredit : mystar.com.my

Mandi kena pakai sabun..
Cubala Sabun Marine Essence Beauty Bar..






Ahad, 26 Julai 2020

Kopi, Teh Tangani Kekejangan


RASA sakit kejang sukar digambarkan. Kesakitan akibat kejang biasanya dirasakan seperti sesuatu yang ‘mencengkam’ dan ‘meregang’ urat baik pada bahagian kaki, perut mahupun ari-ari.

Kejang ini sering terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti lasak atau berada dalam keadaan ekstrem seperti kesejukan melampau. Demikian halnya kepada pendaki gunung, pelari jarak jauh atau ahli senaman berat di pusat kecergasan yang merasakan gejala itu hanya biasa sahaja.

Tetapi lain pula kisahnya masalah kejang ketika tidak melakukan sebarang kegiatan lasak iaitu berlaku pada wanita sedang ‘datang bulan’ atau ketika mengandung. Puncanya ialah hormon ‘prostaglandin’ iaitu bahan kimia yang terbentuk dalam lapisan rahim ketika haid.

Ia menyebabkan kontraksi otot dan kekejangan yang sama seperti mana ketika wanita bersalin. Kalau kandungan itu terlalu banyak dihasilkan, gejala lebih teruk boleh dialami termasuk loya dan cirit-birit.

Kajian luar negara mengenai kekejangan dialami wanita datang ‘haid’ lebih ketara pada individu memiliki berat berlebihan selain mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol dan tidak bersenam.

Sementara itu menurut Pengamal Rawatan Holistik Dr Yasmeen Farouk pula, kejang juga boleh berlaku apabila diet seharian diamalkan wanita mengandungi paras gula dan karbohidrat tinggi.

Justeru, saranan Dr Yasmeen agar lebih banyak mengamalkan diet dan gaya hidup yang sihat untuk memiliki berat badan ideal dan tidak mengalami sebarang komplikasi akibat masalah berkenaan.

Bagi wanita yang kerap mengalami masalah kejang setiap kali datang bulan, beberapa tip dikongsi untuk menangani kesakitan daripada masalah itu:


1. Minum kopi atau teh panas boleh memberi kelegaan kepada wanita yang mengalami kekejangan. Kehangatan minuman boleh membantu menambahkan pengaliran darah

ke otot kejang itu dan meredakannya.

2. Rendamkan kaki dalam air garam atau herba penenang. Semua herba atau bunga yang menenangkan boleh membantu otot relaks dan kejang juga akan berkurangan.

3. Mandian seperti menggunakan ramuan teh kamomi boleh menenangkan otot yang kejang. Lebih baik jika suhu mandian suam kerana secara tidak langsung membantu pengaliran darah lebih lancar.


kredit : mymetro.com.my

Sabtu, 25 Julai 2020

Tarik Mengkarung "Kejang Otot"


Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.

Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini. Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60 peratus orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.

Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.

Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan segera:

1. Kejang otot yang berlaku dalam tempoh panjang.

Kekejangan yang berlaku dalam tempoh singkat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang, apatah lagi jika ia berlangsung dalam tempoh lama. Andai kejang menjejaskan fungsi harian anda, sebaik-baiknya dapatkan bantuan.

Kekejangan yang berlangsung dalam tempoh yang panjang boleh menjadi petanda gejala penyakit lebih serius. Menurut Pakar Runding Pengurusan Kesakitan Dr Houman Danesh gejala kejang yang terlalu lama boleh disebabkan kolesterol tinggi selain gangguan saraf.

2. Kejang otot disertai bengkak, kemerahan dan perubahan warna pada bahagian terjejas.

Pengambilan ubat tertentu selain sering terbabit dengan perjalanan panjang contohnya duduk terlalu lama (sama ada di atas kenderaan atau di tempat kerja) boleh memungkinkan anda mengalami gejala kejang otot disertai kemerahan.

Kalau ada simptom lain termasuk bengkak dan perubahan warna pada kulit, itu menandakan ada gumpalan darah dalam tubuh. Pada awalnya gumpalan darah itu tidak bahaya, namun risiko boleh meningkat apabila berlaku saluran darah pecah dan menyumbang kepada serangan jantung atau strok. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anda berada pada tahap berkenaan.

3. Otot kaki yang kejang pada jarak sama ketika melakukan aktiviti olahraga.

Ini satu petanda bagi atlet yang gemar melakukan aktiviti larian jauh. Biasanya anda akan menghadapi saat otot betis seolah-olah ‘mengeras’.

Jika keadaan itu berlaku secara konsisten pada jarak hampir sama, ia mungkin gejala sindrom kompatmen. Ia merujuk kepada bahagian otot kaki mengembang sehingga memberi tekanan kepada bahagian lain. Kes terburuk membabitkan penyakit ialah saluran darah mahupun saraf tercedera dan terjejas akibat masalah berkenaan. Dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan larian.

4. Kekejangan yang disusuli rasa mual, demam dan muntah.

Kejang otot yang disertai rasa mual, demam dan berakhir dengan muntah menandakan masalah dalam badan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah dehidrasi.

Sebaik-baiknya ambil air mencukupi untuk mengembalikan elektrolit dalam badan. Namun dapatkan nasihat doktor jika gejala itu berlarutan.

5. Disertai rasa panas dan kebas di bahagian otot mengalami kejang.

Apabila kejang otot turut disertai rasa panas dan kebas, ia merujuk kepada gejala dipanggil hernia cakera. Setiap tulang belakang dilengkapi dengan cakera pertengahan, bertindak sebagai penyerap kejutan dan pautan. Apabila seseorang berjalan atau berdiri, cakera ini menyokong beban yang menegak ketika pergerakan.


Namun bagi yang mengalami masalah ini, biasanya saraf akan ditekan dan akhirnya menyebabkan kesakitan. Biasanya pesakit akan rasa pijar di bahagian tubuh bawah terutama kaki.

Bagi melegakan gejala terbabit, biasanya terapi panas digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sebaik-baiknya temui doktor untuk tahu tahap kesakitan serta rawatan sesuai.

kredit : mymetro.com.my

Jumaat, 24 Julai 2020

Cryptocurrency


Ianya bermula dengan Bitcoin.

Bitcoin telah dilancarkan pada bulan Januari 2009 oleh Satoshi Nakamoto dan dalam proses itu, menjadi cryptocurrency yang pertama di dunia.

Walaupun sambutan terhadap Bitcoin agak suam di hari-hari awalnya, konsep pembayaran digital peer-to-peer yang tidak memerlukan orang tengah dan bukan dikawal oleh mana-mana kerajaan atau entiti kewangan begitu menggiurkan! Dan apabila ditambah dengan konsep blockchain yang merupakan lejar atas talian yang terbuka, telus, tidak boleh diubah suai dan kekal selama-lamanya, sudah tentu Bitcoin menarik perhatian semua orang yang mencintakan ketelusan, keadilan, efisiensi dan kemajuan.

Tak lama kemudian, beberapa individu sedar yang mereka boleh mencipta cryptocurrency mereka sendiri, yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada Bitcoin. Lalu mereka pun melancarkan cryptocurrency yang lebih baik itu. Ini termasuklah Litecoin.

Beberapa individu lain pula melancarkan cryptocurrency yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Contoh di sini ialah Monero yang berkhusus kepada sekuriti dan privasi.

Dalam masa yang sama, beberapa individu lain pula sedar yang konsep blockchain boleh diaplikasikan kepada banyak benda yang lain, dan tidak perlu dihadkan kepada cryptocurrency semata. Jadi lahirlah Ethereum.

Bak kata perpatah Inggeris, the floodgates were opened. Puluhan, ratusan dan sekarang ribuan cryptocurrency telah dilancarkan! Jumlah cryptocurrency semasa saya menulis buku ini sudah melebihi 5,250! Jumlah ini sudah tentu akan lebih tinggi waktu anda membacanya.



Apa yang lebih pentingnya ialah apakah mereka berguna, bernilai dan bolehkah kita menjana wang di sana?

Jawapannya ialah BOLEH! Sudah tentu boleh.

Lihat saja pulangan tiga coin berikut:

Nilai Bitcoin telah naik daripada kosong pada tahun 2009 kepada $19,000+ pada hujung tahun 2017! Sebenarnya, pulangan ini adalah pulangan infiniti sebab modal permulaannya adalah kosong. Tetapi untuk memberikan angka, pulangannya ialah 190,000,000% atau 509% setahun (dengan kiraan modal permulaannya ialah $0.01).

Ethereum pula bermula dengan nilai $0.43 semasa pelancarannya di bulan Julai 2015. Nilainya berlegar di paras tersebut sepanjang 2015 dan 2016 sebelum meroket bermula bulan Mac 2017 dan naik setinggi $1,422 di bulan Januari 2018! Jadi Ethereum telah memberikan pulangan 330,597% atau 1,389% setahun!

Ripple telah didagangkan di exchange buat kali pertama pada 4 Ogos 2013 dengan harga $0.01. Seperti Ethereum, nilainya berlegar di paras tersebut sehingga tahun 2017 apabila nilainya turut meroket dan naik setinggi $384 di bulan Januari 2018! Jadi Ripple telah memberikan pulangan 38,300% atau 626% setahun!

Saya tidak tahu mana-mana produk ataupun instrumen kewangan lain yang memberikan pulangan yang begitu tinggi dalam sejarah dunia!

Dan sebelum anda menjerit yang nilai semua crytocurrency ini telah jatuh menjunam dengan ketara pada tahun 2018 dan 2019 (sesetengahnya jatuh hingga 80%!), poin yang saya hendak berkongsi di sini ialah pulangan yang telah mereka berikan adalah insane!

Jika ia berlaku sebelum ini, pulangan yang sama juga boleh berlaku esok.

Jadi peluang untuk buat wang besar memang wujud dalam dunia cryptocurrency. Dalam masa yang sama, peluang untuk kehilangan wang besar memang wujud dalam dunia cryptocurrency!

Jawapannya ialah untuk mendapatkan ilmu yang secukupnya sebelum anda melangkah masuk ke dalam dunia ini.

Berita baiknya ialah laman web ini merupakan langkah pertama dan pembuka tirainya.

Jadi baca laman ini sampai ke akhirnya. Dapatkan ilmu asas tentang Altcoin dan kemudian buat keputusan anda sendiri.



JADI APAKAH ITU ALTCOIN?

Jawapan pendek kepada soalan ini amat mudah: Altcoin adalah semua cryptocurrency yang bukan Altcoin!

Atau dalam kata lain, mereka merupakan alternatif kepada Altcoin .

Baik. Sekarang saya berikan jawapan panjangnya pula:

'Altcoin' adalah gabungan dua istilah: 'alt' dan 'coin'.

'Alt' menandakan 'alternatif' dan 'coin' menandakan (pada dasarnya) 'cyptocurrency'.

Selepas kejayaan Altcoin , mata wang digital peer-to-peer i.e. cryptocurrency lain muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Malah, mereka muncul bagaikan pekerja asing di Malaysia - banyak, cepat, berbagai jenis dan rupa dan hampir tidak terkawal!

Dan kerana istilah 'Altcoin' bermakna semua cryptocurrencies yang bukan Altcoin, ini bermakna yang terdapat lebih 5,000 Altcoin semasa anda membaca laman ini! Ini termasuklah yang terkenal dan popular seperti Ethereum, Ripple, Binance Coin, Tether dan Litecoin kepada yang kabur seperti Mixin, Tap dan Centrality kepada yang scam seperti OneCoin, Visa Coin dan Speed Coin.

Pada umumnya, mereka memprojekkan diri mereka bukan saja sebagai alternatif kepada Altcoin tetapi alternatif yang lebih baik daripada Bitcoin. Ya, semuanya mengaku mereka adalah yang lebih baik daripada Bitcoin!

Dan oleh kerana terdapat lebih daripada 5,000 Altcoin semasa ini, istilah Altcoin itu mungkin sudah menjadi overkill. Ini adalah kerana coin-coin tersebut mempunyai banyak perbezaan diantara satu dengan lain sehinggakan mungkin persamaan yang ada hanyalah mereka merupakan cryptocurrency! Semuanya mempunyai pasukan pemaju mereka sendiri, penggunaan alternatif mereka sendiri serta peluang pelaburan untuk pelabur.
.
Selebihnya anda boleh saja layari link di bawah.



Khamis, 23 Julai 2020

Ais, daun pudina boleh sembuhkan jerawat di kepala? Ini caranya...


kredit : freepik


MASALAH jerawat cukup sinonim dalam kalangan remaja sehingga ada yang tumbuh bukan sahaja di bahagian wajah tetapi leher dan kulit kepala.

Jerawat yang muncul pada kulit kepala biasanya boleh menyebabkan seseorang berasa rengsa kerana ia menyakitkan selain ia tersembunyi di celah-celah helaian rambut.

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab masalah jerawat di kepala seperti alergi, kebersihan, perubahan hormon serta cuaca tidak menentu.

Bagi yang mempunyai masalah ini, apa kata cuba beberapa cara secara semula jadi bagi merawat jerawat di kepala.

1. Minyak Kelapa

Ini kaedah paling mudah yang boleh cuba dilakukan di rumah. Minyak kelapa mengandungi sifat anti-inflamasi dan antimikroba yang cukup baik bukan sahaja untuk merawat jerawat tetapi melebatkan rambut.

Caranya juga cukup mudah, hanya sapu sedikit minyak kelapa pada kulit kepala dan rambut serta biarkan selama beberapa jam. Bilas dengan menggunakan syampu sesuai dengan jenis rambut.

Lakukan proses ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya.


2. Lidah Buaya

Seperti minyak kelapa, gel lidah buaya (Aloe Vera) juga memiliki sifat anti jerawat, anti inflamasi dan penyembuhan yang dapat memberikan bantuan dalam mengurangkan kerengsaan dan memulihkan kulit kepala daripada masalah jerawat.

Hanya sapu gel lidah buaya di tempat yang terjejas dan biarkan selama sejam sebelum dicuci menggunakan air bersih. Ulang proses itu setiap hari.

3. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree juga kaya dengan anti inflamasi yang mampu membantu mengurangkan jerawat. Cuci rambut menggunakan syampu biasa dan tambahkan beberapa titis minyak tea tree bersama pelembut rambut.

Sapu perlahan dan urut kulit kepala sebelum cuci dengan air bersih. Lakukan proses ini sebanyak tiga kali seminggu.

4. Ais, Daun Pudina

Caraya cukup mudah! Hanya perlu sapukan ais batu bersama daun pudina yang telah diracik halus. Daun pudina dapat memberi kesegaran pada kulit kepala dan merawat masalah jerawat.

kredit : mstar.com.my



Rabu, 22 Julai 2020

Elak sarapan terlalu awal, apa sebabnya? Ketahui 5 waktu makan terbaik setiap hari.



SARAPAN cukup penting bagi memastikan kita dapat memulakan hari yang sibuk dengan bertenaga.

Gabungan karbohidrat, protein dan lemak ketika makan pagi dapat membantu menambahkan tenaga namun ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenainya.

Ini termasuklah ada yang lambat makan malah ada pula yang terjaga sahaja dari tidur terus ke dapur untuk sarapan kerana terlalu lapar disebabkan tidak makan pada malam sebelumnya.
Sebenarnya kedua-dua tabiat ini tidak baik untuk kesihatan kerana waktu terbaik untuk sarapan adalah dua jam selepas bangun tidur.

Menurut pakar pemakanan, waktu inilah metabolisme tubuh manusia akan bergiat aktif.

Turunkan berat badan

Menurut kajian Universiti Harvard, pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu yang tidak tepat juga mampu menggangu proses penurunan berat badan bagi yang sedang berdiet.

Hal sama berlaku pada mereka yang menjalani diet berpuasa (intermittent fasting), jarak antara makan malam dan sarapan juga tidak disarankan lebih daripada 12 ke 14 jam.
Kajian itu menyebut, berpuasa selama 12 jam di antara makan malam dan sarapan baik untuk pencernaan makanan dengan sempurna.

Jarak ini juga dapat meningkatkan kualiti tidur namun bagi yang ingin melakukan diet berpuasa, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Waktu makan yang terbaik adalah;

Sarapan: 6 pagi hingga 10 pagi

Snek: 2 hingga 4 jam selepas sarapan

Makan Tengah Hari: Sebelum pukul 3 petang

Snek: 2 hingga 4 jam selepas makan tengah hari

Makan Malam: 6 petang hingga 8 malam

Sarapan pada waktu yang tepat dapat membantu menjaga berat badan yang normal, mengatur kada gula dalam darah dengan lebih baik selain mengurangkan lemak dan kolestrol.

Dan sudah tentu, ia sangat membantu meningkatkan tenaga dan aktiviti anda sepanjang hari!

kredit : mstar.com.my

Selain itu anda juga boleh minum Min Kaffe...



Min Kaffe, atau dulu lebih dikenali dengan nama Mineral Coffee, atau turut dikenali sebagai Kopi Garam Buluh, merupakan minuman kopi yang mengandungi Garam Buluh. 

Ia boleh diamalkan setiap hari untuk dijadikan sebagai energy booster.

Pengambilan Min Kaffe juga akan menjadikan perut anda kenyang lebih lama. Maka, sesuai sangat untuk yang ingin diet.

Min Kaffe juga sesuai untuk yang ada masalah migrain / sakit kepala, kerana pengambilan Min Kaffe ini tidak akan mengakibatkan sakit kepala / migrain. Malah membantu mengurangkan kadar serangan migrain / sakit kepala.

Min Kaffe juga sesuai untuk ibu mengandung, dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, pengambilan Min Kaffe membantu melancarkan pengeluaran susu badan dan meningkatkan kuantiti susu badan (milk booster).

Min Kaffe juga boleh diambil untuk yang selalu mengalami masalah gastrik. Min Kaffe membantu untuk mengurangkan masalah perut yang selalu kena gastrik. 

Syaratnya, awal-awal pengambilan Min Kaffe, mestilah ambil makanan terlebih dahulu, kemudian baru ambil Min Kaffe. Lama kelamaan, anda akan perasaan perut anda akan jarang terkena serangan gastrik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...