Selasa, 21 Julai 2020

Tak kira gender... tidur pakai stokin bukan untuk wanita berpantang sahaja, rupa-rupanya banyak manfaatnya!


Memakai stoking ketika tidur banyak manfaatnya


TIDUR sangat penting bagi membolehkan organ-organ dalam tubuh yang bekerja keras seharian dapat berehat dan segar pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, ada di antara kita yang sukar tidur nyenyak kerana tekanan atau faktor-faktor lain seperti insomnia serta situasi bilik tidur yang tidak selesa.

Bagi mendapatkan tidur berkualiti, kita biasanya akan menutup lampu, memasang penghawa dingin serta menggunakan bau-bauan bagi membangkitkan mood tidur selain ada pula yang memakai sarung kaki.

Yayasan Tidur Nasional memberitahu menjaga kaki agar hangat ketika tidur dapat memberikan kualiti lebih baik kepada tidur kita. Ini kerana sekiranya kaki dibiarkan kesejukan, pembuluh darah akan mengecut dan menyebabkan semakin sedikit aliran darah.

Ada beberapa manfaat yang boleh kita dapat jika memakai sarung kaki ketika tidur termasuklah;

1. Mencegah kepanasan (hot flash)

Bagi wanita yang sedang mengalami proses menopause, biasanya golongan ini akan mengalami panas pada kaki, badan, berpeluh dan jantung berdebar.

Memakai sarung kaki pada malam hari akan menjaga suhu tubuh bersesuaian dan dapat menghindarkan gejala hot flash.

2. Mengurangkan gejala penyakit Raynaud

Salah satu gejala penyakit Raynaud adalah tangan dan kaki akan menjadi sejuk. Perkara ini disebabkan kurangnya aliran darah ke kedua-dua bahagian itu.

Memakai sarung kaki boleh mengurangkan gejala tersebut dan membuatkan kaki tetap berasa hangat.
Memakai sarung kaki boleh membuatkan tidur lebih nyenyak.


3. Badan lebih segar

Apabila memakai sarung kaki ketika tidur, badan bukan sahaja dapat menyeimbangi suhu badan sepanjang malam tetapi membuatkan kita bangun dalam keadaan lebih segar dan bertenaga.

Ia adalah hasil kesan tubuh kita mendapat rehat yang mencukupi.

Bagaimanapun pemilihan sarung kaki juga sangat penting dan sebaik-baiknya pilih yang diperbuat daripada kain lembut dan selesa.

Pastikan juga ia tidak ketat bagi membolehkan peredaran darah berjalan dengan baik serta memberi anda tidur yang nyenyak.

kredit :mstar.com.my



Mudah lapar, sembelit antara 5 tanda jika anda kurang makan sayur.

kredit : freepik

RAMAI daripada kita memang tak suka makan sayur mungkin disebabkan rasanya yang tawar, hambar dan adakalanya pahit. Tetapi sayur-sayuran sangat penting untuk tubuh agar tetap sihat.

Pakar diet Maggie Michalczyk berkata, sayuran memiliki banyak manfaat memandangkan ia kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat.

Kesemua elemen itu sangat diperlukan tubuh agar dapat berfungsi dengan baik serta mencegah penyakit kronik.
Selain antioksidan, sayur-sayuran juga penting sebagai sumber serat bagi membantu pencernaan dan rasa kenyang selepas makan.

Maggie memberitahu terdapat beberapa tanda yang ditunjukkan oleh badan sekiranya kita kurang makan sayur dan itu termasuklah;


1. Perubahan 'mood' yang ketara

Maggie memberitahu, individu yang kurang makan sayuran dan hanya mengambil juadah berlemak, tinggi karbohidrat atau makanan proses akan menghasilkan ledakan kalori yang boleh mengakibatkan kepenatan, hilang ingatan dan perubahan 'mood'.

Jadi mulai sekarang tambahlah sayur-sayuran berkhasiat dalam menu anda kerana ia juga dapat memberi tenaga dalam jangka masa panjang.

"Kajian ada menunjukkan individu yang kurang makan sayur atau buah-buahan lebih berisiko mendapat masalah mental seperti kemurungan," katanya.


2. Mudah lapar

Mungkin kita merasakan makan sayur tidak kenyang tetapi sebenarnya sayuran membantu membuatkan rasa kenyang malah ia lebih lama bertahan dan meningkatkan tenaga.

Maggie memberitahu bahawa tidak makan sayur sebenarnya membuatkan seseorang lebih mudah lapar dan sentiasa ingin mengunyah sesuatu.

3. Kulit kusam

Sayuran mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas yang dapat merosakkan tekstur kulit.

Penulis buku berjudul The Small Change Diet iaitu Keri Gans memberitahu sayuran seperti tomato, timun mengandungi banyak air yang dapat melembapkan kulit.

4. Mudah alami kekejangan otot

Sementara itu, Keri turut memberitahu kurang makan sayur boleh menyebabkan serangan kekejangan otot kerana ia memerlukan kalium yang cukup.

Kekejangan otot berlaku kerana kadar mineral yang sangat rendah dan Keri memberitahu buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber kalium terbaik.

5. Masalah sembelit

Sayuran mempunyai banyak serat yang membantu mengangkut lebih banyak sisa pencernaan dan membantu pergerakannya ke usus lebih cepat.

Oleh sebab itu juga, kurang makan sayur boleh menyebabkan masalah sembelit.

Kredit : mstar.com.my




Isnin, 20 Julai 2020

Min Kaffe



Min Kaffe, atau dulu lebih dikenali dengan nama Mineral Coffee, atau turut dikenali sebagai Kopi Garam Buluh, merupakan minuman kopi yang mengandungi Garam Buluh. 

Ia boleh diamalkan setiap hari untuk dijadikan sebagai energy booster.

Pengambilan Min Kaffe juga akan menjadikan perut anda kenyang lebih lama. Maka, sesuai sangat untuk yang ingin diet.

Min Kaffe juga sesuai untuk yang ada masalah migrain / sakit kepala, kerana pengambilan Min Kaffe ini tidak akan mengakibatkan sakit kepala / migrain. Malah membantu mengurangkan kadar serangan migrain / sakit kepala.

Min Kaffe juga sesuai untuk ibu mengandung, dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, pengambilan Min Kaffe membantu melancarkan pengeluaran susu badan dan meningkatkan kuantiti susu badan (milk booster).

Min Kaffe juga boleh diambil untuk yang selalu mengalami masalah gastrik. Min Kaffe membantu untuk mengurangkan masalah perut yang selalu kena gastrik. 

Syaratnya, awal-awal pengambilan Min Kaffe, mestilah ambil makanan terlebih dahulu, kemudian baru ambil Min Kaffe. Lama kelamaan, anda akan perasaan perut anda akan jarang terkena serangan gastrik.
Bagi yang ingin berpuasa, tetapi takut terkena serangan gastrik, anda boleh bancuh Min Kaffe pada waktu bersahur. Insya Allah, membantu sangat untuk masalah gastrik anda.

Aroma istimewa Min Kaffe berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. 

Min Kaffe bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Ramuan utama:

Kopi Robusta
Garam buluh

Keberkesanan:

Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
Melegakan tekanan.

Cara pengambilan:

Bancuhkan 1 sachet Min Kaffe dengan 150ml air panas.
Boleh diminum selepas dikacau dengan rata.

Waktu yang disarankan ambil Min Kaffe?

Sebenarnya anda boleh ambil Min Kaffe. Kecuali sebelum tidur. Sebab dikhuatiri takut tidak boleh tidur pada waktu malam. Seeloknya, bancuh Min Kaffe pada waktu siang.

Selalunya, untuk memaksimumkan kesan Min Kaffe, disarankan ambil Min Kaffe ketika waktu perut anda mudah berasa lapar. Seperti waktu ketika selepas sarapan dan sebelum makan tengahari, dan juga waktu minum petang. Untuk menjadikan perut anda kenyang lebih lama.

Untuk sesiapa yang ada mengambil ubat doktor, tidak kisah apa jenis ubat sekalipun (kemungkinan untuk penyakit yang anda sedang alami), kalau boleh, jarakkan masa pengambilan ubat dan Min Kaffe. Min Kaffe sebenarnya boleh diambil pada bila-bila masa dalam sehari. Jadi, ikut waktu aturan dan selang dalam 4-6 jam, boleh ambil Min Kaffe sebagai supplement anda. Yang penting, jangan skip ubat doktor ya.


Frequently Asked Questions (Soalan-soalan lazim):

Soalan: Adakah pengambilan Min Kaffe boleh mmbantu untuk kurus?

Jawapan: Ingin ditegaskan di sini, Min Kaffe sebenarnya bukanlah ubat kurus.

Min Kaffe adalah minuman kopi yang ada kebaikan Garam Buluh. Garam Buluh di dalam Min Kaffe ini sebenarnya berfungsi untuk membantu untuk proses detoks dalam badan, terutamanya di bahagian perut.

Pengambilan Min Kaffe juga menjadikan perut rasa kenyang lebih lama.

Sebab itu, ramai juga yang menjadikan Min Kaffe ini sebagai minuman dalam membantu untuk proses menurunkan berat badan berlebihan.

Cuma, hanya bergantung kepada Min Kaffe semata-mata tidak akan menjadikan anda kurus.

Ia mesti disertakan dengan kawalan pengambilan pemakanan yang sihat dan senaman ringan yang boleh membantu untuk menguruskan badan.

Soalan: Berapa sachet yang ada dalam sekotak Min Kaffe? Boleh tahan berapa hari?

Jawapan: Sekotak Min Kaffe ada 20 sachets.

Jika sehari hanya bancuh 1 sachet, sekotak Min Kaffe boleh tahan selama 20 hari.

Jika sehari hanya bancuh 2 sachets, sekotak Min Kaffe boleh tahan selama 10 hari.

Maximum sehari disarankan bancuh 2 sachets sahaja, untuk mengurangkan beban kepada sistem dalam badan.



Mesin ATM dan Cawangan Bank akan PUPUS menjelang 2041.

Suatu keadaan yang tidak dicapai oleh minda/akal..
kredit : freepik


Saya kongsikan satu artikel yang dikeluarkan oleh PaymentsJournal hasil kajian oleh Expert Market di UK.

kredit :freepik

Artikel ini dikeluarkan pada tahun 2019...dengan penularan wabak Covid-19 yang mengemparkan seluruh dunia, nampaknya riwayat mesin ATM akan semakin hampir kerana masyarakat telah ke arah kepada pembayaran tanpa tunai(cashless).

Kredit : Payments Journal.com dan Expert Market.co.uk

#end#
 

Khamis, 16 Julai 2020

Adakah Produk-Produk Tradisional Di Malaysia Selamat?

Tahukah anda, herba merupakan sumber terawal ubat-ubatan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia (WHO, 2002)? Ketika ini, ubatan herba boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dosej seperti tablet, kapsul, sirap, krim dan juga plaster. Namun, pernahkah anda terfikir, adakah ubatan herba yang dikategorikan sebagai ubat tradisional tersebut benar-benar selamat untuk diambil dan digunakan?

Kredit :- KKM

Ubat tradisional daripada sumber semulajadi

Umum beranggapan ubat tradisional yang berasal daripada sumber semulajadi adalah tidak merbahaya dan selamat untuk diambil. Walaubagaimanapun, hakikatnya herba juga berpotensi untuk dicemari dengan logam berat samada yang hadir melalui tanah, air atau udara. Ernst (2002b) melaporkan terdapat kes keracunan arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium daripada ubat herba dari Asia. Ini menunjukkan bahawa ubat tradisional boleh dicemari dengan logam toksik.

Ubat tradisional yang berasal daripada herba juga boleh dicemari dengan bakteria dan kulat terutama jika proses selepas pengumpulan tumbuhan herba seperti pengeringan tidak dilakukan dengan sempurna.

Di Malaysia, ubat tradisional didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan ianya selamat dan berkualiti. Untuk memastikan ia tidak tercemar dengan logam berat, mikroorganisma dan juga bahan campur palsu, pengujian makmal berkaitan akan dilakukan. Bagi menentukan kualiti produk pula, ujian keseragaman berat dan pengecaian juga dijalankan untuk ubat tradisional dalam bentuk tablet dan kapsul.

Pengujian ke atas ubat tradisional

Logam berat seperti arsenik, merkuri, plumbum dan kadmium boleh mendatangkan kesan toksik yang serius seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah:

Selaku sekretariat kepada PBKD, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk menguji dan memastikan paras logam berat dalam ubat tradisional tidak melebihi had yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. 



Ujian logam berat akan dijalankan untuk produk-produk tradisional sebelum dan selepas pendaftaran untuk memastikan ubat-ubat tradisional yang diambil oleh pengguna adalah selamat dan berkualiti.
Untuk memastikan ubat tradisonal selamat daripada dicampur palsu dengan ubat terkawal sebelum dipasarkan, penyaringan bahan campur palsu ke atas ubat tradisional dengan indikasi tertentu turut dijalankan oleh BPFK. Produk ubat tradisional dengan indikasi-indikasi berikut perlu diuji samada mengandungi ubat terkawal iaitu:

  • Untuk kesihatan lelaki
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk sakit otot dan sendi
  • Untuk selsema dan batuk
  • Untuk menurunkan paras gula dalam darah

Kesimpulan

PBKD dan BPFK bertanggungjawab memastikan ubat tradisional yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan ubat tradisional yang dibeli adalah ubat berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan hologram. Pembelian ubat tradisional yang tidak berdaftar mendedahkan pengguna kepada risiko yang boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah lagi berisiko untuk mengundang maut.

kredit :- MyHEALTH KKM

Rujukan

WHO, 2002. Drug Information. Herbal medicines. Vol.16. World Health Organization, Geneva
Ernst,E. 2002b. Toxic heavy metals and undeclared drugs in Asian herbal medicines. Trends in Pharmacological Sciences 23, 136-139.
NPCB, 2014. Drug Registration Guidance Document
http://www.foodsafety.govt.nz/industry/general/foodborne-illness/salmonella/

Hilangkan kesan hitam

Jika terdapat tanda hitam pada lulut dan siku, sediakan beberapa helai daun sirih. 

Letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut.

Gosokkan pada lutut dan siku selama beberpa minit. Amalkan setiap hari. 

Insya Allah, kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar.

Atau pun anda boleh gunakan Marine Essence Beauty Soap untuk mengatasinya.


Selasa, 14 Julai 2020

Kenapa Kulit Bermasalah?

Antara faktor dan cara menanganinya.

Banyak hal yang kita fikirkan seharian. ada antaranya perihal kerjaya, konflik hubungan, pergaduhan bersama teman dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, contohnya bakal pengantin mengira hari bahagia juga tidak terlepas daripada dilanda stres. 

Stres diketegorikan sebagai antara faktor kulit muka bersalah. Apa masalah lain?

Jerawat Mudah Tumbuh

Kredit : Freepik

Hormon yang bergejolak disebabkan stres boleh menyebabkan masalah jerawat.

Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang roma tersumbat menjadikan kulit mudah diserang bakteria.

Cara terbaik, pilih produk yang mengandungi bahan seperti benzoil peroksida bagi membantu membunuh bakteria sebelum menyapu pelembap sesuai.

Kulit Kering

Tekanan fikiran boleh menyebakan perjalanan darah tidak lancar. Kadangkala ia mengalir terlalu sedikit dan kadang-kala terlalu banyak sehinggakan perubahan kulit nampak ketara.

Kulit kelihatan kering, pucat dan kemerahan. oleh itu sebaik-baiknya, gunakan produk "hypoallergenik" dan mempunyai kadar pH rendah.

Kulit Sensitif

Penurunan sistem imun tubuh menyebabkan lapisan kulit epidermis yang mengandungi pelembap secara semula jadi turut berkurangan.

Oleh itu, kulit mudah mengalami masalah seperti alahan, terdedah pada pencemaran selain tidak tahan dengan bahan kimia tertentu dariapda produk kecantikan.

Penjagaan khusus untuk kulit sensitif adalah menggunakan produk mengandungi kandungan "alor vera" mahupun "camomile".


kredit : freepik

Kedutan Halus Muncul

Hormon kortisol memgurangkan kalogen dan mengikut protein yang diperlukan kulit.

ia juga boleh menyebabkan kadar peningkatan paras gula dalam darah sehingga merosakkan kulit kalogen di elastin. Hal ini sekali gus mempercepatkan timbulnya kedutan halus di permukaan kulit.

Cara terbaik untuk menghindari adalah dengan menggunakan krim wajah yang mengandungi retinol dan antioksidan bagi mempergiatkan lagi pengeluaran kolagen.

Jika keadaan ini sangat serius, sebaik-baiknya segera mendapatkan rawatan.

Penggunaan Marine Essence Beauty Bar juga boleh kurangkan jerawat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...