Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2020

Ais, daun pudina boleh sembuhkan jerawat di kepala? Ini caranya...


kredit : freepik


MASALAH jerawat cukup sinonim dalam kalangan remaja sehingga ada yang tumbuh bukan sahaja di bahagian wajah tetapi leher dan kulit kepala.

Jerawat yang muncul pada kulit kepala biasanya boleh menyebabkan seseorang berasa rengsa kerana ia menyakitkan selain ia tersembunyi di celah-celah helaian rambut.

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab masalah jerawat di kepala seperti alergi, kebersihan, perubahan hormon serta cuaca tidak menentu.

Bagi yang mempunyai masalah ini, apa kata cuba beberapa cara secara semula jadi bagi merawat jerawat di kepala.

1. Minyak Kelapa

Ini kaedah paling mudah yang boleh cuba dilakukan di rumah. Minyak kelapa mengandungi sifat anti-inflamasi dan antimikroba yang cukup baik bukan sahaja untuk merawat jerawat tetapi melebatkan rambut.

Caranya juga cukup mudah, hanya sapu sedikit minyak kelapa pada kulit kepala dan rambut serta biarkan selama beberapa jam. Bilas dengan menggunakan syampu sesuai dengan jenis rambut.

Lakukan proses ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya.


2. Lidah Buaya

Seperti minyak kelapa, gel lidah buaya (Aloe Vera) juga memiliki sifat anti jerawat, anti inflamasi dan penyembuhan yang dapat memberikan bantuan dalam mengurangkan kerengsaan dan memulihkan kulit kepala daripada masalah jerawat.

Hanya sapu gel lidah buaya di tempat yang terjejas dan biarkan selama sejam sebelum dicuci menggunakan air bersih. Ulang proses itu setiap hari.

3. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree juga kaya dengan anti inflamasi yang mampu membantu mengurangkan jerawat. Cuci rambut menggunakan syampu biasa dan tambahkan beberapa titis minyak tea tree bersama pelembut rambut.

Sapu perlahan dan urut kulit kepala sebelum cuci dengan air bersih. Lakukan proses ini sebanyak tiga kali seminggu.

4. Ais, Daun Pudina

Caraya cukup mudah! Hanya perlu sapukan ais batu bersama daun pudina yang telah diracik halus. Daun pudina dapat memberi kesegaran pada kulit kepala dan merawat masalah jerawat.

kredit : mstar.com.my



Rabu, 8 Julai 2020

Hilangkan Jerawat

Hilangkan Jerawat

Semua orang mengimpikan kulit wajah yang cantik, cerah berseri dan tiada masalah. 
Justeru penggunaan produk penjagaan wajah menjadi jalan penyelesaian untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Bagaimanapun, bagi mereka yang bermasalah jerawat, banyak faktor mempengaruhi kulit wajah dan mereka seharusnya tidak memandang ringan masalah yang membelenggu.
Tambahan pula dengan cuaca di negara ini yang panas kering.
Cahaya Ultraungu (UV) boleh merengsa dan merosakkan kulit bagi sesetengah individu. ini selalunya berlaku selepas anda terdedah pada cahaya panas terik matahari pada jangka masa yang lama iaitu lebih daripada sejam.
Jika anda perhatikan jerawat akan mula timbul setelah berjemur di bawah matahari seperti bercuti ke pantai atau mungkin anda sebahagian daripada individu yang sensitif terhadap cahaya UV.
Pakar jerawat dan jeragat Dr. Hasseenah Hassan berkata, rata-rata produk perniagaan kulit untuk jerawat akan menyebabkan kulit lebih sensitif kepada cahaya matahari kerana produk terbabit secara umumnya mengeringkan kulit.
Ini akan menambahkan kesan matahari pada kulit berjerawat yang terdedah pada cahaya matahari malah UV juga boleh menembusi kedalam lapisan kolagen dan memecah lapisan kolagen.
sekaligus mempercepatkan proses penuaan.

Kenyataan kulit berminyak lambat berkedut adalah mitos.

Malah kulit berminyak akan menyebabkan kemasukan cahaya UV yang lebih berkesan kepada kulit.
Dari segi cuasa pula, cuaca panas dan lembab boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk.
Salah satu sebabnya apabila lapisan luar kulit iaitu stratum corneum akan mengembang dalam cuaca lembab.
kredit gambar : Buzzle.com


Kredit :- Harian Metro





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...