Memaparkan catatan dengan label badan wangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label badan wangi. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Julai 2020

Petua Putihkan Kulit Seluruh Badan Secara Semulajadi.

Bila bercakap berkenaan kulit putih, siapa yang tak suka kan? Kalau boleh semua nak kulit putih mulus dari muka sampai tapak kaki. Rambut jer tak nak putih (uban) Ehek...

Kulit yang putih dan gebu memang menjadi idaman setiap orang terutamanya wanita. Ramai yang teruja bila diperkenalkan dengan produk memutihkan kulit. Tanpa berfikir panjang, terus beli dan pakai. Tapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul pasti tahap keselamatan produk tersebut? Apakah kandungannya dan bagaimana ia berfungsi.

Di sini saya ada beberapa petua bagaimana cara untuk putihkan kulit dengan berkesan dan selamat. 

Putih yang saya maksudkan di sini adalah kulit lebih cerah dan sihat tau. Bukan putih macam tepung gomak tu. 

Guna skrub tomato
kredit : clipart Max

Bersihkan muka. Ambil sebiji tomato dan belah 2. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Guan Air Basuhan Beras

Siapa tak kenal air basuhan beras? Ala... air basuh beras la bila nak masak nasi tu... Ada orang cakap air basuhan beras ni ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Selalunya lepas basuh beras, kita buang jer airnya kan? Ok, air tu anda boleh simpan untuk anda putihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan tadi dan amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kulit akan beransur cerah.

Guna Lemon dan Susu

kredit : freepik

Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tak ada...boleh cari apa2 bekas yang boleh memutkan anda) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.

Guna Yogurt dan Madu

kredit : freepik
Yogurt mengandungi enzim yang boleh putihkan kulit dengan lembut. Madu pula mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.

Masker Beras Pulut
kredit : freepik

Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

kredit : wikiHow

Khamis, 9 Julai 2020

Agar Bau Badan Berbau Harum

BAU badan adalah salah satu asas kebersihan yang patut dijaga oleh setiap individu kerana ia bukan sahaja membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan, malah mengganggu orang lain.

Sumber bau badan sebenarnya bukan daripada ketiak sahaja sebaliknya kepala, mulut hingga ke kaki boleh menjadi penyebabnya.

kredit : freepik

Tapi jangan bimbang, masalah bau badan boleh diselesaikan asalkan kita tahu cara yang betul agar kekal wangi sepanjang hari.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan;

1. Jangan sekadar mandi 'kerbau'

Kebersihan tubuh sangat memberi kesan kepada bau badan, jadi pada waktu pagi jangan sekadar mandi 'kerbau'.

Sebaliknya pastikan anda menyental bahagian yang mudah berpeluh seperti ketiak, celah peha, tengkuk, kepala dan kaki.
kredit : freepik


2. Guna deodoran

Deodoran dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan bau ketiak kerana kulit akan bertindak balas dan mencegah bakteria penyebab bau badan anda.

3. Sembur minyak wangi pada titik nadi

Menyembur minyak wangi dengan cara yang betul dapat membantu aromanya bertahan lebih lama.

Sebaiknya, semburkan minyak wangi anda ke titik nadi pada tubuh seperti tengkuk, pergelangan tangan, bahagian bawah punggung dan belakang lutut. Ini kerana apabila suhu badan meningkat, bau akan lebih berbau harum.
kredit : erika katz


4. Sapukan krim atau pelembap pada kulit

Jika anda tidak suka menggunakan minyak wangi atau deodoran, pelembap dan krim dapat membantu tubuh daripada berbau.

Caranya juga mudah, selepas mandi sapu pelembap atau krim beraroma terutamanya pada titik nadi.

5. Pastikan kulit kepala bersih

Kulit kepala turut memainkan peranan terhadap kebersihan dan bau badan. Sebaiknya ketika mencuci rambut, pastikan anda menggosok kulit kepala agar semua kuman dan bakteria terhapus.

Itulah beberapa tip yang boleh anda lakukan agar badan sentiasa berbau harum.

kredit : mstar.com.my




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...