Isnin, 15 Januari 2018

Kempen 1 2018

Salam Hormat dan selamat tahun Baharu 2018...para peminat Avon boleh dapatkan Ebrochure untuk Kempen 1 2018 tarikh bermula 1 Jan hingga 31 Jan 2018.

Boleh Klik Sini.

Selamat Tahun Baharu 2018..

Isnin, 7 Ogos 2017

Pelancaran Viva La Vita EDP - Avon

Pelancaran Haruman Terbaru - AVON

Setiap semburan wangian mampu mengungkap personaliti diri sendiri.Wangian juga dapat membantu menambah keyakinan dan keceriaan diri setiap kali kaki melangkah ke luar rumah untuk ke pejabat, bertemu pelanggan mahupun rakan atau insan tersayang.

Malah, setiap satu ciptaan wangian mempunyai ciri tersendiri yang dapat diungkapkan menerusi penggunaan pati buah, bunga atau kayuan terpilih bagi membantu menyempurnakan penampilan sepanjang hari.

Berinspirasikan wanita penuh keyakinan yang menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon memperkenalkan haruman feminin terbarunya, Viva La Vita EDP.

Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Kasia Ostrowska berkata, haruman baru berkenaan mencerminkan keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang menggembirakan diri sendiri.

"Ia seperti perasaan yang diungkap saat menikmati setiap detik indah dalam kehidupan. Sentuhan bunga-bungaan dan buah-buahan yang menghangat jiwa ini adalah ungkapan sebenar wanita masa kini"
"Jenama ini turut berbangga mengalu-alukan ahli baru dalam keluarga besar selebriti dengan memperkenalkan pelakon Nelydia Senrose sebagai wajah wangian terbaru kami," katanya.


Hadir sama pada majlis pelancaranya, Presiden Avon Malaysia, Romulus Sirbu dan Pengarag Asia Pasifik, Luc Berreit.

Sifat optimis pelakon muda dan jelita itu bertepatan dengan aspirasi sebenar wangian mewah itu. Wangian penuh keriangan ini mengungkap kemeriahan jiwa wanita dan menyerlahkannya.
Bermula daripada kerangupan epal "pink lady" yang segar meriangkan, ia disusuli pula dengan limau mandarin bagi mengungkapkan perasaan yang bebas.

Nota tengah haruman ini disempurnakan dengan kemewahan pati mimosa sekali gus membuatkan perasaan begitu teruja.
Magnolia merah jambu pula memberi sentuhan lembut yang memukau dan mempesonakan.
Cendana berkrim menyerlahkan dasar haruman ini yang dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan kashmir, membangkit wangian menyegarkan dalam kehangatan.

Haruman ini boleh didapati bermula Oktober 2017 pada harga RM95 (Semenanjung Malaysia) dan RM109.30 (Sabah dan Sarawak).

Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat Tahun Baharu 2016


Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua..semoga tahun ini akan lebih menyinar dari tahun 2015.
Kami doakan segala usaha anda mencapai kejayaan...Aminnn.

Rabu, 25 Mac 2015

Salam Rabu



Jom renung-renungkan.....

Orang yang hanya suka mengikuti orang lain tetapi tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri ialah orang yang tidak berjaya. Orang yang paling berjaya ialah orang yang yakin dan berusaha dengan satu sistem kehidupan pilihannya yang dibuat tanpa terikut-ikut dengan orang lain.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...