Isnin, 17 Ogos 2020

Tabiat tekan 'snooze' nak tidur lama...ia boleh sebabkan kemurungan!


ADA sesetengah orang, mereka akan segera terbangun apabila mendengar bunyi alarm dan ada pula yang akan terus menerus meneken butang 'snooze' agar dapat tidur lebih lama.


Golongan yang masuk dalam kategori kedua itu biasanya memang liat hendak bangun dan akan menggunakan alasan 'lima minit lagi' agar dapat terus tidur sebelum menyedari mereka sudah terlewat.

Berwaspadalah pada yang mempunyai tabiat ini kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anda.


Malah produk kesihatan berkaitan tidur, Sleep, sedang berusaha agar 'snooze' dikeluarkan daripada sistem telefon Apple.

Ya, menurut pakar, ciri tersebut sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia.


Pakar saraf, Matt Janes menjelaskan, ketika alat penggera berbunyi pada waktu pagi, kita akan terbangun dan kebiasaannya kita akan berasa terkejut dengan bunyi alarm.


Matt menjelaskan perasaan terkejut itu dapat memicu sistem saraf simpatik iaitu respons fight atau flight (yang muncul ketika diri berasa terancam) pada sistem saraf otonom.


Jika kita menekan butang 'snooze' dan kembali tidur, saat ia kembali berbunyi beberapa minit kemudian, respons fight atau flight itu tadi akan kembali muncul.


Jadi menekan butang 'snooze' berkali-kali seolah-olah menyerang otak sendiri kerana sistem respons itu terbentuk untuk tempoh terbatas.

Kebiasaannya, keadaan itu dapat memberi kesan fisiologi negatif pada tubuh termasuk bagaimana badan kita melepaskan kortisol yang jika dibiarkan ia akan memicu keradangan pada sel.


"Keadaan ini lebih besar berbanding apa kita fikirkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuk kemurungan," katanya.


Jadi sebaik-baiknya kata Matt, hentikan tabiat membiarkan 'snooze' berfungsi selain tidak melengah-lengahkan waktu apabila alarm pertama sudah berbunyi.


Matt juga menyarankan agar, tidur pada waktu rutin setiap hari bagi mendapat rehat yang cukup dan itu akan memudahkan kita bangun pada waktu pagi.


KREDIT:mstar.com.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...