Sabtu, 28 Julai 2012

Mengapa Emas Mahal

Salam hormat, selamat menjalani ibadah puasa.

Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana dua sebab, iaitu sama ada kerana sedikit atau ia mempunyai banyak kegunaan. Emas memiliki kedua-duanya ciri itu. Kuantiti emas di seluruh dunia adalah sedikit. dianggarkan sekiranya seluruh emas dalam perut bumi dikumpulkan ia hanya boleh dibentuk sebuah bongkah kiub dengan setiap sisinya berukuran 19 ela sahaja. Syarikat GFMS Ltd pada akhir tahun 2006 menganggarkan sekitar 158 ribu tan sahaja emas yang sudah dikeluarkan dari perut bumi yang mana 66 peratus daripadanya sudah dihasilkan sebelum tahun 1950.
Selain faktor permintaan langsung yang tinggi, banyak faktor lain yang memberi pengaruh secara langsung ataupun tidak langsung kepada kenaikan harga emas setiap tahun. suasana politik seluruh dunia perubahan polisi sesebuah negara besar, bencana alam, peperangan, kemarau, dan juga kenaikan harga komoditi utama dunia terutama minyak mampu menyebabkan harga emas berubah. Itu semua sebahagian daripada faktor yang dapat mempengaruhi harga emas, namun kadangkala perubuhan besar pada salah satu faktor itu memberi kesan kepada harga emas semasa.

sumber;- Micheal W.George, Mineral Yearbook - Gold (2007) USA - Geological Survey, 2006.

sekian.
Fauzi Dali - 013.5034.213 Pelabur emas n perak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...