Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadhan

KEKAL CERDAS DAN SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Ramadhan kini menjelang tiba dan sementara anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam, anda sudah pastinya juga ingin kekal cergas dan sihat sepanjang bulan mulia ini. Bulan kesembilan dalam kalender Islam ini dihabiskan secara berpuasa genap sebulan dari subuh hingga senja. Sudah tentunya anda akan lebih prihatin kepada tubuh badan anda agar anda kekal sihat dan bertenaga untuk melaksanakan aktiviti harian sepanjang Ramadhan. Namun ada juga yang mungkin menghadapi sedikit masalah kerana mereka tidak boleh lagi makan sekerap biasa. Oleh itu, untuk membantu anda mengharungi Ramadhan dengan lebih baik, kami telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Isnin, 24 Jun 2013

Elak Penyakit Akibat Jerebu

Tahukah anda fenomena panas yang melanda bumi boleh mendatangkan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia?
Kesan langsung berkaitan dengan peningkatan suhu panas manakala kesan tidak langsung adalah disebabkan cuaca panas seperti kemarau dan kejadian jerebu hingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan air untuk minuman dan pertanian. bagi negara yang beriklim khatulistiwa, fenomena cuaca panas tidak menunjukkan kesan yang besar disebabkan adaptasi penduduknya adalah lebih baik berbanding mereka yang menetap di negara beriklim sejuk. sebagai contoh, semasa berlaku fenomena El Nino pada tahun 1997 dan 1998, negara kita pernah mencatatkan suhu maksimum sehingga 41 darjah Celsius. Bagaimanapun kesan akibat suhu panas ini adalah tidak begitu ketara. Kini negara berhadapan dengan masalah jerebu yang boleh menyebabkan penyakit seperti serangan asma, gangguan mata dan jangkitan saluran pernafasan (URTI). Ketika berlakunya fenomena cuaca panas orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air dengan lebih kerap serta sentiasa menjaga kesihatan badan.
 


Rabu, 5 Jun 2013

AVON SKIN CARE

Bagi kempen 11 Avon (1-15 Jun 2013) Avon Skin Care menawarkan jam tangan wanita (ANEW Timepiece) bernilai RM99.90. Hanya dengan pembelian RM 150.00 produk Avon Skin Care (ANEW 360 White, ANEW Genics, ANEW Reversalist atau ANEW Rejuvenate) anda layak untuk mendapatkan jam tangan selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang ini. Rebutlah jam tangan bernilai RM99.90.




maklumat lanjut :- sila klik AVON MALAYSIA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...